Tuesday, August 23, 2011

Hadith Dhaif, Adakah Semuanya Boleh Diamalkan??? :)

assalamualaikum.... erm, ni adalah copy paste balik notes kat FB ke dalam blog aku... :D


Erm, kali ni macam nak tulis pasal hadith dhaif la kan. First, penulis bukan berasal daripada manusia yg belajar agama secara formal, cuma niat penulis adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang ilmu Allah ni. Penulis cuma nak cakap pasal ilmu mustalah al-hadith sedikit, yakni tentang penggunaan HADITH DHAIF.





Basically, hadith terbahagi kepada 4 bahagian. Hadith sahih, hadith hasan, hadith dhaif, hadith palsu. Namun kita akan fokus tentang hadith dhaif. Apa makna hadith dhaif? Hadith dhaif ialah hadith yang tidak memenuhi syarat hadith sahih. Apa syarat hadith sahih? Hadith sahih ialah hadith yang:





1) Bersambung sanadnya



2) Rawinya adil



3) Rawinya dhabit (hafazan/tulisan)



4) Tidak syadz (tidak bertembung hadith yg diriwayatkan oleh perawi tsiqah dengan perawi yg lebih tsiqah)



5) Tiada sebarang 'illah (kecacatan)





So hadith dhaif ialah hadith yg tak memenuhi 5 syarat di atas. Okay, ramai orang kata, "Alah, hadith dhaif kan boleh digunakan dalam fadhail a'mal (kelebihan beramal), galakkan dan untuk menakut-nakutkan (targheeb wa tarheeb)".





Benar, hadith dhaif memang boleh digunakan untuk 3 perkara di atas. Namun ia tidak semudah yang anda sangkakan. Terdapat khilaf ulama dalam penggunaan hadith dhaif ini namun adalah lebih baik kita fokuskan kepada keharusan beramal dengan hadith dhaif yang diberikan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al'Asqalani, seorang ulama bermazhab Syafie.







al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani memberikan syarat bahawa:



- hadith itu tidak TERLALU DHAIF (tak boleh guna hadith mungkar, matruk, dan sbg nya)



- isi hadith menepati kaedah2 umum dalam Islam (tak bercanggah dengan prinsip Islam), maksudnya hadith2 dhaif yg bercanggah dengan prinsip2 usul dalam Islam, makanya tak boleh dibuat sbg amalan



- ketika beramal dengannya, tidak beriktiqad bhw ia confirm keluar drpd lisan Nabi saw - maksudnya apabila anda mengamalkan hadith dhaif, makanya tidak boleh anda beranggapan bahawa ianya confirm disebut oleh Nabi saw, dan apabila anda hendak memberitahunya kepada orang lain, maka hendaklah dilafazkan dengan lafaz yang menunjukkan ia tidak confirm daripada Nabi saw





- HARUS DIINGAT bahawa hadith dhaif walaupun ringan mestilah memenuhi syarat2 yg lain iaitu asal amalan yg hendak dijadikan hadis dhaif sebagai targheeb atau tarheeb padanya mestilah tsabit dgn hadis sahih. Maksudnya disini, ia tidak bercanggah dengan hadith yang sahih dan amalan tersebut tidak boleh berdiri dengan sendiri dengan hanya hadith dhaif, namun ia mesti tsabit daripada hadith yang sahih dahulu yang mana hadith dhaif itu hanya sebagai tambahan sahaja kepada amalan itu. :)





Okay, ramai antara kita mengatakan macam saya kata di atas bahawa, "ouh hadith dhaif boleh diamalkan". Sedangkan tahukah anda bahawa hadith dhaif terbahagi kepada dhaif khafeef (dhaif yang ringan) dan dhaif jiddan (sangat dhaif).





Tak semua hadith dhaif boleh diamalkan, diulang, tak semua hadith dhaif boleh diamalkan, again, tak semua hadith dhaif boleh diamalkan.





Hanya hadith dhaif yang ringan sahaja yang boleh diamalkan yang mana perawinya tidak mempunya masalah dari segi 'adalah (keadilan). Maksudnya rawinya tidak dituduh sebgai pendusta, fasiq, ahli bida'ah dan tidak melakukan sesuatu yang boleh mencalarkan imej sebagai perawi hadith.





Bukan semua hadith yang dihukum dhaif, semuanya nak hentam bubuh boleh diamalkan. Makanya kalau nak beramal dengan hadith dhaif, sila pastikan dahulu ia dhaif dari segi apa. Dan apa nilaian ulama hadith tentang sesuatu hadith yang anda nak amalkan itu. Bukannya dapat satu hadith, terus sebarkan. Salah tu. :)





Allahu a'lam... Moga jika ada kesalahan dan kesilapan, sila tegur secara direct. Moga teguran anda bermanfaat untuk kaum Muslimeen yang lain. Sungguh kami manusia yang lemah yang dahagakan redha Allah. Moga Allah redha atas kami dan kamu... ^_^

Isi artikel ini telah disemak dan diluluskan oleh Fadhilatus Sheikh al-ustaz Muhammad Asrie bin Sobri, guru kami... :)

wassalam...