Tuesday, April 10, 2012

Syarah Hadith Tentang Persetujuan Gadis dan Janda

assalamualaikum...

Okay, straight to the point, kali ni saya akan menyalin syarah hadith tentang meminta persetujuan anak gadis dan janda, dalam kitab Sunan at-Tirmizi. Syarah ini bukanlah dari saya, saya hanya menyalin kembali mengikut kuliah oleh Fadhilatus Syaikh Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin tentang hadith yang sama.

Baik, kepada maksud matan hadith:

Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Mansur, telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin Yusuf, telah menceritakan kepada kamu al-Auza'ie, dari Yahya bin Abu Kathir, dari Abu Salamah dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda:

Janda tidak boleh dinikahkan sehingga diminta keizinannya dan diminta pendapatnya, sedangkan gadis tidak boleh dinikahkan sehingga diminta izinnya. Izin seorang gadis ialah diam.

HR a-Tirmizi dalam Sunan at-Tirmizi kitab Nikah bab Minta Persetujuan Gadis dan Janda no. 1025.

Hadith ni kata al-Imam at-Tirmizi sanadnya hasan sahih

Fiqh hadith:

1. Wanita yang sudah bertaraf janda tidak boleh nikahkan oleh walinya kecuali setelah janda itu menyuruh walinya menikahkan dirinya dgn mana-mana lelaki atau setelah mendapat izin drpd dirinya utk dikahwinkan oleh walinya.

2. Wanita yang bertaraf anak dara (kebiasaan panggilan masyarakat Melayu) juga mesti diminta izin darinya oleh wali beliau seperti ayah/datuk/abang utk menikahkan beliau dengan mana-mana lelaki.

3. Namun, Nabi saw menyatakan bhw keadaan zaman Nabi saw, anak dara dikalangan mereka rata-ratanya adalah gadis yang pemalu, maka Nabi saw mengatakan bahawa izin anak dara adalah diamnya.

Hurian ringkas hadith:

Dlm hadith di atas, digunakan perkataan "dikahwinkan". Bermaksud seorang wanita itu hendaklah ada orang yang mengahwinkannya, yakni wali, bukan dia mengkahwinkan dirinya sendiri. Walaupun khilaf dalam mazhab tentang sah atau tidak nikah tanpa wali, namun hadith ini antara yang boleh dijadikan hujjah yang kuat tentang perlunya wali dalam pernikahan.

Anak dara pula tidak boleh dikahwinkan juga oleh wali melainkan dengan izinnya sama seperti janda jua. Dan Nabi sebut, tanda setuju seorang anak gadis ialah diamnya. Berbeza dengan janda, kadar malu antara anak dara dan janda mungkin ada perbezaannya. Oleh kerana janda sudah pernah berkahwin, maka dia boleh mengeluarkan suara menyatakan persetujuannya atau tidak ketika diminta oleh si wali.

Namun anak dara yang masih belum berkahwin, mungkin pada mereka agak berat utk mengatakan "ya", lalu Nabi saw mengatakan tanda setuju seorang anak dara ialah diamnya. Hal ini Nabi sebut tentang dimensi zaman, yang mana mungkin anak dara zaman sekarang sudah boleh mengaku "ya" apabila dipinang oleh jejaka idamannya, maka tiada masalah tentang hal ini. :D

Sedikit point yang menarik, Nabi memaksudkan disini adalah pentingnya setuju atau tidak setuju. Bukan soal diam atau bercakap. Jika anak dara pada zaman kini memang jenis yang bercakap, tiba-tiba apabila dipinang dia diam, maka boleh jadi diam beliau disini bermaksud tidak setuju. Maka seharusnya si wali memastikan betul-betul apa yang dimaksudkan oleh si anak dara tersebut.

Berlaku perbincangan dalam kalangan para ulama tentang anak dara dan janda. Mereka sepakat bahawa tidak boleh memaksa janda bernikah dengan mana-mana lelaki tanpa persetujuannya berdasarkan dalil-dalil, namun berkhilaf tentang boleh atau tidak seorang wali memaksa anak dara berkahwin dengan mana-mana lelaki.

Dikatakan bahawa mazhab al-Imam asy-Syafie dan mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan bahawa BOLEH memaksa anak dara berkahwin dengan mana-mana lelaki atas kuasa wali mujbir.

Dalam hadith Nabi saw bersabda:

Janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, manakala anak dara diminta izin daripadanya. Dan keizinannya ialah diamnya.

HR Muslim dan Abu Daud

Dengan hadith ini, sesetengah ulama mengatakan jika janda berkuasa penuh ke atas dirinya, maka anaka dara sudah tentu walinya lebih berhak ke atas dirinya, lalu mereka mengatakan bahawa wali boleh memaksa anak dara mereka berkahwin dengan mana-mana lelaki. Maka ini kaedah pemahaman mereka tentang hadith ini.

Berbeza dengan mazhab yang mengatakan tak boleh paksa, mesti dengan redha, maka mereka mengatakan perkahwinan merupakan suatu perkara yg besar bagi seorang wanita. Semua aqad mesti berlaku dengan keredhaan. Kerana dengan perkahwinan akan membuatkan mereka menyerahkan diri mereka kepada seorang lelaki, mentaati seorang lelaki, bahkan menyerahkan kemaluan yang mereka jaga selama ini kepada seorang lelaki, maka bagaimana mungkin hal ini boleh dipaksa?

Kerana tasbit dalam hadith yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, bhwa terjadi kisah yang mana seorang wanita mengadu kpd Nabi ttg ayahnya mengahwinkan dia dengan cara yg tidak dipersetujuinya. Lalu Nabi cuba memujuknya, namun dia tetap x setuju dgn cara ayahnya itu. Lalu Nabi saw memberi pilihan, sama ada teruskan atau tinggalkan rumahtangga itu. Namun wanita itu mengatakan dia membenarkan ayahnya namun, aku nak agar ayah-ayah tahu bhw mereka tiada hak nak memaksa anak mereka. Antaranya al-Imam Abu Hanifah, al-Auzai'e dan lain-lain.

Maka, ana dara tidak boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali dan wali tidak boleh memaksa anak dara mereka berkahwin tanpa izin daripada anak dara itu sendiri. :)

Maka sekian dahulu syarah hadith ini, ini shj yg mampu saya catatkan disini. Sekali lagi, ini bukan syarah sy sendiri, namun diambil manfaat daripada kuliah Dr. MAZA. Allahu a'Lam...

wassalam... :)

Tuesday, April 3, 2012

Kaedah Fiqh yang Mudah

assalamualaikum

Alhamdulillah kali ni ada jugak idea nak tulis pasal kaedah fiqh yang mana ia menjadi asas utama dalam kita bermuamalah seharian.

Kaedah tersebut ialah:

al-Aslu fil Ashyaa al-Ibahah hatta Yadulla 'ala Tahreem

Maksud: Asal sesuatu itu adalah harus sehingga ada dalil/pembuktian yang mengharamkannya.

Kaedah ini merupakan kaedah yang masyhur sehingga ia menjadi kaedah dalam jumhur fuqaha kecuali mazhab al-Imam Abu Hanifah rah. Ia menjadi asas bahawa apa sahaja perkara yg bukan perkara ibadah dalam dunia ini, maka bebas kita lakukan selagi mana tiada pengharaman daripada al-Quran dan sunnah Nabi saw.

Kita hidup di Malaysia yg majoriti penduduknya umat Islam, maka tidak syak lagi asal makanan dalam negara ini adalah halal melainkan memang kita jelas tahu bahawa dalam makanan itu ada sumber yg haram. Maka tidak timbul lagi isu, "Eh makanan ni halal ke x, halal x?" Kerana asal makanan itu halal sehingga ada benda yg menjadikan makanan itu haram.

Inilah kemudahan Islam yang digambarkan oleh Nabi saw. Sabda baginda:

Agama itu mudah. Tidak ada yang menyusahkan melainkan dia akan tewas. HR al-Bukhari

Dalam al-Quran, Allah swt berfirman yg bermaksud:

Dan sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. --- Surah al-An'aam ayat 119

Dalam hadith yg lain, baginda Nabi saw bersabda:

Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab-Nya maka ia adalah halal, apa saja yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya adalah haram, apa sahaja yang didiamkan oleh Allah tentang kedudukannya, maka terimalah dari Allah kemaafan-Nya,kerana sesungguhnya Allah tidak akan melupakan sesuatupun. Seterusnya baginda membaca firman Allah swt dlm surah Maryam ayat 64: Dan Tuhanmu tidak pernah lupa.

HR at-Tirmizi, Ibn Majah, al-Hakim dan al-Bazzar, dinilai hasan oleh Syaikh al-Albani

Maka dalil-dalil di atas membuktikan bahawa Islam meletakkan suatu kaedah mudah dalam kita meneruskan kehidupan. Hal ini kerana apa yg dilarang oleh Allah swt dan disuruh oleh Allah swt dlm kehidupan manusia tidak begitu banyak, bakinya semua harus utk dilakukan.

Dan kaedah ini boleh diaplikasikan dalam urusan jual beli, sewa, makanan, dan perkata lain asalkan ia bukan perkara ibadah khusus yg diajar oleh baginda Nabi saw.


Allahu a'lam.... Jika ada kesalahan dalam penulisan ini, maka silakan tegur saya secara terus, kerana teguran anda bermanfaat utk kaum Muslimeen.

Fakta ini telah disemak oleh abg saya, juga guru saya, Syaikh al-Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri.

wassalam...:)