Sunday, June 19, 2011

I S T I Q A M A H

assalamualaikum.... heh!!!malam ni terasa nak tulis blog... sbnrnya ni copy paste notes aku dlm fb, masukkan balik dlm blog ja.... tajuknya I S T I Q A M A H.... huhuhuhuhu... jadi, cakap manyak xmo, selamat membaca~~~

Firman Allah swt dalam surah al-Fussilat ayat 30 :





إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ٠





Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu





Firman Allah swt dalam surah al-Ahqaaf ayat 13:





إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُواْ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ





Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.





Dalam kedua-dua ayat di atas, Allah swt telah menegaskan bahawa teras istiqamah amatlah penting dalam pelaksanaan sesuatu ibadah. Sebagai ganjaran, Allah swt mengatakan bahawa orang yang beristiqamah tidak akan rasa bimbang dan dan tidak pula akan berdukacita di hari akhirat kelak bagi mereka yang tetap teguh dalam beristiqamah dalam ketaqwaan.



Berapa ramai umat pada hari ini mudah untuk mengatakan bahawa Tuhan mereka adalah Allah, tapi berapa ramai yang betul-betul teguh beristiqamah dalam pelaksanaan ibadah. Istiqamah tidak semestinya terbatas kepada sentiasa melakukan perkara kebajikan secara tetap sahaja, namun istiqamah boleh juga bermaksud menahan diri secara tetap daripada melakukan perkara yang dilarang dalam agama.



Dalam sebuah hadith



Dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan: Aku telah berkata kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau. Jawab Rasulullah saw: ‘Katakanlah: Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah.--- HR Imam Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmizi, Ibn Majah dan an-Nasai'e dengan sanad yang SAHIH ---





al-Qadhi 'Iyadh dalam mensyarahkan hadith ini, dia mengatakan bahawa hadith ini sangat ringkas dan padat jika dilihat dari sudut nasihatnya oleh Nabi saw kepada Sufyan. Orang-orang yang berkata Tuhan kami adalah Allah, kemudian beristiqamah dengan nilai tauhid dan aqidah yang mantap (yakni tidak berpaling) seterusnya kekal beriltizam dalam ketaqwaan sehingga maut menjemput mereka. --- kitab Syarh Sahih Muslim juzuk 2 kitab Iman oleh Imam an-Nawawi (Imam Hadith yg besar dalam mazhab asy-Syafie)





Jadi, nampak tak? (Ecey tanya soalan plak) Betapa besar dan tingginya nilai istiqamah dalam Islam nih. Sebenarnya atas dasar iman dan taqwa yang menggunung kepada Allah Rabbul 'Aalameen, istiqamah amat mudah sekali dipikul dengan perasaan gembira. Walaupun pada hakikatnya nampak berat, namun jika kita tahu di situlah redha Allah, tanpa ragu-ragu kita akan memikulnya dengan senang hati.





Sahabat-sahabat sekalian, saya dengan rasa hina diri dan rendah hati nak ajak diri saya sendiri, dan sahabat-sahabat, marilah sama2 kita tingkatkan ketaqwaan, dan seterusnya tetap teguh untuk beristiqamah dalam ketaatan. Yakinlah bahawa dengan redha Allah, istiqamah sangat mudah dipikul kerana apa yang lebih bernilai kita hidup di muka bumi Allah ini melainkan redha Allah semata-mata



Sahabat-sahabat, sekian dahulu BLOG saya. Saya hanya manusia yang terdedah dengan kesalahan dan kesilapan. Moga jika ada salah, boleh terus tegur. Sama-sama berkongsi ilmu untuk manfaat kaum Muslimeen.



--- ALLAH JUALAH YANG MAHA MENGETAHUI ---

^_^

3 comments:

  1. Jazakallah akhi, for sharing.
    [like] <-- ana try nk tkan tp x blh..

    ReplyDelete
  2. hahahahaha afwan kathir akhi.... ana rindu enta sheikh.... ^^

    ReplyDelete
  3. qola ; assalamualaikum . susahnye nak istiqamah baca blog anta ni bila internet asyik sangkut jeh . huhu

    ReplyDelete