Tuesday, April 3, 2012

Kaedah Fiqh yang Mudah

assalamualaikum

Alhamdulillah kali ni ada jugak idea nak tulis pasal kaedah fiqh yang mana ia menjadi asas utama dalam kita bermuamalah seharian.

Kaedah tersebut ialah:

al-Aslu fil Ashyaa al-Ibahah hatta Yadulla 'ala Tahreem

Maksud: Asal sesuatu itu adalah harus sehingga ada dalil/pembuktian yang mengharamkannya.

Kaedah ini merupakan kaedah yang masyhur sehingga ia menjadi kaedah dalam jumhur fuqaha kecuali mazhab al-Imam Abu Hanifah rah. Ia menjadi asas bahawa apa sahaja perkara yg bukan perkara ibadah dalam dunia ini, maka bebas kita lakukan selagi mana tiada pengharaman daripada al-Quran dan sunnah Nabi saw.

Kita hidup di Malaysia yg majoriti penduduknya umat Islam, maka tidak syak lagi asal makanan dalam negara ini adalah halal melainkan memang kita jelas tahu bahawa dalam makanan itu ada sumber yg haram. Maka tidak timbul lagi isu, "Eh makanan ni halal ke x, halal x?" Kerana asal makanan itu halal sehingga ada benda yg menjadikan makanan itu haram.

Inilah kemudahan Islam yang digambarkan oleh Nabi saw. Sabda baginda:

Agama itu mudah. Tidak ada yang menyusahkan melainkan dia akan tewas. HR al-Bukhari

Dalam al-Quran, Allah swt berfirman yg bermaksud:

Dan sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. --- Surah al-An'aam ayat 119

Dalam hadith yg lain, baginda Nabi saw bersabda:

Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab-Nya maka ia adalah halal, apa saja yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya adalah haram, apa sahaja yang didiamkan oleh Allah tentang kedudukannya, maka terimalah dari Allah kemaafan-Nya,kerana sesungguhnya Allah tidak akan melupakan sesuatupun. Seterusnya baginda membaca firman Allah swt dlm surah Maryam ayat 64: Dan Tuhanmu tidak pernah lupa.

HR at-Tirmizi, Ibn Majah, al-Hakim dan al-Bazzar, dinilai hasan oleh Syaikh al-Albani

Maka dalil-dalil di atas membuktikan bahawa Islam meletakkan suatu kaedah mudah dalam kita meneruskan kehidupan. Hal ini kerana apa yg dilarang oleh Allah swt dan disuruh oleh Allah swt dlm kehidupan manusia tidak begitu banyak, bakinya semua harus utk dilakukan.

Dan kaedah ini boleh diaplikasikan dalam urusan jual beli, sewa, makanan, dan perkata lain asalkan ia bukan perkara ibadah khusus yg diajar oleh baginda Nabi saw.


Allahu a'lam.... Jika ada kesalahan dalam penulisan ini, maka silakan tegur saya secara terus, kerana teguran anda bermanfaat utk kaum Muslimeen.

Fakta ini telah disemak oleh abg saya, juga guru saya, Syaikh al-Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri.

wassalam...:)

No comments:

Post a Comment