Monday, June 28, 2010

Kemantapan Aqidah

assalamualaikum warahmatullah....

Urm.... di pagi nan indah, daku meletakan jari jemari yang sedang menari-nari di papan keyboard nih utk post lagi... wakakakaka, apa la aq dok merepek nih..... oke2, kali ni pasal aqidah.

Kenapa aq post pasal aqidah? Sebab aqidah lah merupakan tunjang dan asas dalam Islam. jika aqidah kita terpesong tentang Allah swt, maka secara automatik atau manualnya, hehehehe, ibadah kita sebagai orang Islam akan tertolak. Wa i'yazubiLLah.....

Secara umunya, aku pasti ramai yang dah tau, aqidah nih asal drpd perkataan aqad, aqidah nih penting, aqidah nih adalah asas dalam Rukun Islam yang pertama, dan penghuraiannya adalah dalam Rukun Iman. Aku pasti, musti ramai dah tau pasal benda ni. Hehehehe.....

Namun, apakah rukun kalimah syahadatain yang kita dok ucap dalam solat kita?? Tahukah kita? Jadi, sekadar berkongsi, rukun kalimah syahadatain ada DUA.

1) an-Nafi

an-Nafi ialah perkataan meNAFIkan. Rukun pertama ini boleh disimpulkan sebagai, apabila kita mengucap syahadatain, maka kita WAJIB menafikan SEMUA TUHAN yang ada dalam alam ini. Dengan penafian ini, maka telah sempurna rukun syahadah kita yang pertama. Hal ini penting kerana orang lain (non-Muslim) boleh mengaku bahawa Allah sebagai Tuhan, namun jika dia tidak menafikan Tuhan lain selain Allah, maka tidak cukup syarat syahadahnya, maka tidak diterima syahadahnya.

2) al-Isbat

al-Isbat ialah menetapkan bahawa selepas penafian Tuhan laian dalam alam ini, dia wajib menetapkan bahawa hanya Allah sahaja Tuhan sekelian alam yang berhak disembah dan diabdikan diri. Penetapan inilah yang akan menyempurnakan rukun syahadahnya. Selepas itulah datang Tauhid Tiga yakni ar-Rububiyah, al-Uluhiyyah, dan Asma' was Sifat. ^_^

Kemudian, apakah pula syarat kalimah tauhid itu?

Maka asy-Syeikh Nasir as-Sa'di dan asy-Syeikh Jamil Zainu, mereka menetapkan 7 syarat bagi kalimah syahadah ini.

1) Ilmu

2) Yakin

3) Ikhlas

4) Membenarkan

5) Cinta

6) Berpegang Teguh Dengan Kalimah Ini

7) Terima

8) Menjauhi Taghut - Tambahan Sheikh Jamil Zainu

Maka setelah sempurna 8 syarat ini, maka kita telah menjadi Islam. Setelah itu, maka seharusnya kita menjaga diri kita agar tidak melakukan sesuatu yang mana boleh membatalkan aqidah kita.

Ramai yang terlepas pandang masalah ini. Mereka mungkin tahu perkara membatalkan wudhu', membatalkan solat dan puasa, namun tak ramai yang ambil peduli tentang perkara yang boleh membatalkan aqidah. Hal sedemikian yang kita takutkan. Hal sedemikian yang perlu kita belajar, dan berhati-hati.

Secara asasnya, aqidah boleh terbatal melalui 3 jalan/cara yang saya pasti semua orang tahu, yakni IKTIQAD, PERCAPAKAN, dan PERBUATAN/AMALAN. Namun, tidak ramai yang tahu bagaimana yang dikatakan iktisad boleh membatalkan aqidah, bagaimana percakapan boleh membatalkan aqidah, bagaimana yang dikatakan perbuatan atau amalan yang boleh membatalkan aqidah.

Maka hal ini seharusnya kita belajar tentangnya. Saya rasa, setakat ini dahululah celoteh saya. Apa yang perlu diambil perhatian, maka ambillah perhatian. Semoga kita mendapat rahmat, berkah dan perlindungan Allah swt drpd terbatal aqidah.

-waasalam-

^_^


Professional Mukmin (Fiqh Kerjaya)

assalamualaikum warahmatullah....

Kaifa halukum wa imanukum??? Kali nih nk celoteh skit pasal tajuk blog nih.... Professional Mukmin. Erm.... Actually kita sebagai penuntut (xkira la universiti ke, kolej ke, matrix ke, poli ke, maahad ke) yang penting kita nih penuntut yang insyaAllah akan menjawat jawatan yang akan memerlukan kita berbakti pada masyarakat suatau hari nanti. Jadi, sepatutnya selain mempelajari ilmu dunia seperti kedoktoran, kejuruteraan, kesusasteraan, undang-undang, kita seharusnya belajar juga tentang fiqh kerjaya yang kita ceburi bidangnya itu.

Sebagai contoh, kita amek bidang kedoktoran. Suatu hari nanti kita akan menjadi perawat (muallij) dan sudah tentu kita akan berbakti kepada masyarakat. Namun begitu, kita seharusnya tahu situasi-situasi yang memerlukan akhlak kita sebaagai doktor Muslim terjaga. Fiqh kedoktoran seharusnya dipelajari agar kita tidak salah serta tidak mengundang kemurkaan Allah dalam usaha mencari redha-Nya. Tidak ketinggalan juga fiqh aulawiyyat (fiqh keutamaan) yang seharusnya diberi perhatian. Kita seharusnya tahu keadaan apabila dimana dua hukum syara' berkumpul, yang manakah seharusnya kita utamakan. Para doktor juga sepatutnya tahu bilakah keadaan yang dinamakan berkahlwat dengan pesakit apabila pesakit berlainan jantina ingin mendapatkan khidmat rawatan dengan kita.

Semua ini amat perlu dititikberatkan dalam kerjaya kita kelak. Bukan sahaja ustaz atau ustazah yang perlu belajar fiqh, namun kerjaya bidang sains dan teknologi juga harus belajar fiqh dan sepatutnya penjawat jawatan saians dan teknologi ini lebih pakar dalam bidang fiqh kerjaya mereka berbanding ustaz.

Firman Allah swt dalam surah al-Israa' ayat 36 :


وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya .

Jadi, seharusnya kita ambil berat tentang masalah ini kerana setiap amalan kita akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah swt kelak. Saya seru kepada diri saya dan para pembaca agar mempelajari ilmu fiqh agar kita dapat melakukan pekerjaan kita selari dengan kehendak syara' agar tidak dimurkai Allah dan mendapat rezeki yang halal lagi berkat. Ameen...

wallahu a'lam
^_^




Sunday, June 27, 2010

Menghidupkan Sunnah

assalamualaikum wbt.....

erm, lama gak la xpost blog, hampir seminggu.... masyaAllah..... kali nih nk cakap pasal sunnah Nabi saw. Dalam kehidupan seharian kita, saya nak ajak (diri saya terutamanya) untuk menghidupkan dan mengamalkan sunnah secara TOTAL dalam setiap tindak tanduk dalam kehidupan. Kalau tak boleh nak amalkan semua sunnah baginda, janganlah kiranya kita tinggalkan semua. Moga Allah swt memberi kekuatan kepada kita dalam mengamalkannya.

Pernahkah kita fikir dalm hidup kita nih, sejak kita baru bangun tidur sampai kita tidur semula pada malam hari, adakah amalan kita berteraskan sunnah yg sabit daripada Nabi saw? Seharusnya kita sebagai umat baginda memikirkannya......

Segala amalan kita dari segi solat, cara solat, makan, berjalan, pertuturan, fesyen, cara kita bersuci (mandi dan wudhu'), dan lain2 lagi lohh, adakah semua bersandarkan dalil yang SAHIH drpd Nabi saw? Sedangkan baginda adalah contoh terbaik dalam segala hal..... Dalil dibawah saya pasti semua sudah sedia maklum.

Allah berfirman dalam surah al-Ahzaab ayat 21 :

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (21)

Jadi seharusnya semua amalan kita samada ibadah atau tidak, seharusnya bersandarkan dalil dan nas yang sabit daripada Nabi saw. Secara tidak langsung, kita akan mendapat pahala kerana mengikut sunnah baginda Nabi saw. Agama Islam adalah agama yang bersederhana. Segala perlakuan kita seharusnya disertakan dengan taqwa mengikut kemampuan kita.

Terdapat dua peringkat taqwa dalam al-Quran. Pertamanya dalam surah ali-Imran ayat 102 :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (102)

Ayat yang kedua adalah dalam surah at-Taghaabun ayat 16 :

...فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ
Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah semampu kamu... (16)

Ada sesetengah golongan mengatakan bahawa ayat 16 tersebut menasakhkan(membatalkan) ayat 102 diatasnya itu. Namun itu adalah anggapan yg salah. Hal ini kerana apabila kita disuruh bertaqwa, kita seharusnya bersungguh-sungguh dalam ketaqwaan itu dan dalam kesungguhan itu kita disuruh berpada-pada sesuai dengan kemampuan kita. Moga pembaca faham dengan kenyataan itu. =)

Berbalik kepada as-sunnah. Para pembaca digalakkan apabila membuat sesuatu amalan, kita mengetahui dalil tentang amalan itu walaupun kita xhafaz ayat al-Quran atau matan hadith hadith itu. Sekurang-kurangnya kita tahu ada dalil menyuruhnya. Sebagai contoh, mambaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Ada hadith yg sabit drpd Nabi saw tentang masalah ini. Namun jikalau kita tahu bahawa Nabi pernah menyebutnya, adalah memadai.

Jadi, marilah kita belajar al-Quran dan as-sunnah serta menghidupkannya. Sesungguhnya sunnah Nabi saw adalah indah dan ajaib untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Maha Suci Allah yang mengutuskan RasulNya bagi menerangi alam ini dgn rahmat perunjukNya.....


Banyak yang kita perhatikan tentang amalan masyarakat zaman sekarang ini yang sedikit berlainan dengan as-sunnah. Apabila ditanya, mereka mula menjawab dengan ayat "Kami nak tambah bagi banyak sikit, kami buat benda baik, kami nak tambah bagi sempurna,..." dan berbagai lagi alasan.

Jika mereka berkata bagitu, adakah ajaran sunnah Nabi tidak sempurna sehingga mereka kena menyempurnakannya? Mana kita nak letak surah al-Maidah ayat 3 bahawa Allah telah berfirman yang Dia telah sempurnakan agama kita pada hari itu(zaman Nabi). Fikirkanlah......

Jadi, setakat itu dahululah tentang sunnah Nabi saw. Moga ada manfaatnya dalam hidup kita sebagai Muslim. Sebahagian teks saya ini saya naqalkan pendapat Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (guru saya).

Wallahu a'lam, jangan lupa amalkan dan sebarkan. Jika ada kekurangan, mohon supaya ditegur.

wassalam ^_^