Monday, June 28, 2010

Kemantapan Aqidah

assalamualaikum warahmatullah....

Urm.... di pagi nan indah, daku meletakan jari jemari yang sedang menari-nari di papan keyboard nih utk post lagi... wakakakaka, apa la aq dok merepek nih..... oke2, kali ni pasal aqidah.

Kenapa aq post pasal aqidah? Sebab aqidah lah merupakan tunjang dan asas dalam Islam. jika aqidah kita terpesong tentang Allah swt, maka secara automatik atau manualnya, hehehehe, ibadah kita sebagai orang Islam akan tertolak. Wa i'yazubiLLah.....

Secara umunya, aku pasti ramai yang dah tau, aqidah nih asal drpd perkataan aqad, aqidah nih penting, aqidah nih adalah asas dalam Rukun Islam yang pertama, dan penghuraiannya adalah dalam Rukun Iman. Aku pasti, musti ramai dah tau pasal benda ni. Hehehehe.....

Namun, apakah rukun kalimah syahadatain yang kita dok ucap dalam solat kita?? Tahukah kita? Jadi, sekadar berkongsi, rukun kalimah syahadatain ada DUA.

1) an-Nafi

an-Nafi ialah perkataan meNAFIkan. Rukun pertama ini boleh disimpulkan sebagai, apabila kita mengucap syahadatain, maka kita WAJIB menafikan SEMUA TUHAN yang ada dalam alam ini. Dengan penafian ini, maka telah sempurna rukun syahadah kita yang pertama. Hal ini penting kerana orang lain (non-Muslim) boleh mengaku bahawa Allah sebagai Tuhan, namun jika dia tidak menafikan Tuhan lain selain Allah, maka tidak cukup syarat syahadahnya, maka tidak diterima syahadahnya.

2) al-Isbat

al-Isbat ialah menetapkan bahawa selepas penafian Tuhan laian dalam alam ini, dia wajib menetapkan bahawa hanya Allah sahaja Tuhan sekelian alam yang berhak disembah dan diabdikan diri. Penetapan inilah yang akan menyempurnakan rukun syahadahnya. Selepas itulah datang Tauhid Tiga yakni ar-Rububiyah, al-Uluhiyyah, dan Asma' was Sifat. ^_^

Kemudian, apakah pula syarat kalimah tauhid itu?

Maka asy-Syeikh Nasir as-Sa'di dan asy-Syeikh Jamil Zainu, mereka menetapkan 7 syarat bagi kalimah syahadah ini.

1) Ilmu

2) Yakin

3) Ikhlas

4) Membenarkan

5) Cinta

6) Berpegang Teguh Dengan Kalimah Ini

7) Terima

8) Menjauhi Taghut - Tambahan Sheikh Jamil Zainu

Maka setelah sempurna 8 syarat ini, maka kita telah menjadi Islam. Setelah itu, maka seharusnya kita menjaga diri kita agar tidak melakukan sesuatu yang mana boleh membatalkan aqidah kita.

Ramai yang terlepas pandang masalah ini. Mereka mungkin tahu perkara membatalkan wudhu', membatalkan solat dan puasa, namun tak ramai yang ambil peduli tentang perkara yang boleh membatalkan aqidah. Hal sedemikian yang kita takutkan. Hal sedemikian yang perlu kita belajar, dan berhati-hati.

Secara asasnya, aqidah boleh terbatal melalui 3 jalan/cara yang saya pasti semua orang tahu, yakni IKTIQAD, PERCAPAKAN, dan PERBUATAN/AMALAN. Namun, tidak ramai yang tahu bagaimana yang dikatakan iktisad boleh membatalkan aqidah, bagaimana percakapan boleh membatalkan aqidah, bagaimana yang dikatakan perbuatan atau amalan yang boleh membatalkan aqidah.

Maka hal ini seharusnya kita belajar tentangnya. Saya rasa, setakat ini dahululah celoteh saya. Apa yang perlu diambil perhatian, maka ambillah perhatian. Semoga kita mendapat rahmat, berkah dan perlindungan Allah swt drpd terbatal aqidah.

-waasalam-

^_^


1 comment:

  1. syukran...perkongsian yang menarik
    mungkin lepas ni boleh cakap ttg perkara2 yg membatalkan akidah pula :)

    ReplyDelete