Yeahhh!!! Malam2 gini alhamdulillah aq dapat gak idea nk tulis blog. Hoyeh2..... kekekekek.....
okok, kali ni nk cerita pasal HATI-HATI DENGAN HADITH. Perghh dengo tajuk mcm sesat je post nih... hahaha... nanti2, baca dlu bagi habis.... yang penting, aq BUKAN ANTI-HADITH. hehehehehehe......
okok2, seyes2.... Nape aq suruh hati2 dengan hadith?? Sedangkan kita semua dah maklum bahawa hadith merupakan sumber hukum selepas al-Quran. Ok, macam ni, maksud aq hati -hati dengan hadith ialah hati-hati dalam menyampaikan hadith dan hati-hati menerima hadith daripada seseorang sehingga diketahui darjat atau status hadith tersebut sebab ramai diantara kita apabila dengar suatu perkhabaran itu datang dari Rasulullah saw, dengan niat yang baik, terus dia sebarkan.
Kalu kita confirm hadith itu sahih atau hasan xpe, masalahnya kalau kita x tahu tentang sanad hadith, dikhuatiri kita akan meriwayatkan hadith-hadith yang tidak sahih.
Sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadith yang SAHIH lagi MUTAWATIR :
Sesungguhnya bohong atas nama aku tidak sama dengan bohong atas nama orang lain. Barangsiapa bohong atas nama aku, maka siap tempat duduknya didalam neraka.
HR Bukhari dan Muslim dan lainnya.
Ulama' hadith amat keras dalam masalah ini. Mereka menganngap bohong atas nama Nabi saw adalah sesuatu perkara yang amat serius sehinggakan Ibn Hibban yang terkenal dengan kitab Sahih Ibn Hibban itu telah menulis satu bab yakni Bab Wajib Masuk Neraka Bagi Orang Yang Meriawayatkan Hadith Tanpa Tahu Sanadnya.
Kalau dilihat sekarang nih, alhamdulillah ramai manusia dah sedar akan kepentingan berdakwah dengan menggunakan internet seperti yang digesa oleh Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya yang terbaru yakni Fiqh Jihad. Namun begitu, kadang-kadang mereka meng"post" atau menulis tentang sesuatu hadith yang mana hadith-hadith tersebut tidak diiktiraf kesahihannya oleh ulama hadith. Ini sangat berbahaya.
Seeloknya apabila kita ingin melihat kesahihannya sesuatu hadith kepada yang BUKAN AHLI DALAM BIDANG HADITH, rujuklah mana2 guru atau ustaz yang pakar dalam Ulum Hadith.
Nabi saw telah bersabda dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanad yang SAHIH :
Akan datang pada akhir zaman, dajjal dan pendusta, yang akan membawa kepada kamu hadith yanag mana ibu bapa kamu tidak pernah dengar, berwaspadalah dengan mereka dan jangan sampai mereka itu menyesatkan kamudan memfitnah agama kamu.
HR Imam Muslim
Jadi kat sini Nabi saw dah bagi amaran siap2 tentang dajjal dan pendusta yang kan mnyebarkan hadith palsu dalam kalangan umat manusia zaman ini.
Jadi, saya menyeru kepada diri saya agar apabila ingin menyebarkan sesuatu hadith, pastikan kita tahu status kesahihan hadith tersebut kerana bimbang tergolong dalam golongan orang-orang yang mendustakan Nabi saw.
Saya ingin memetik kata-kata Abdullah Ibn Mas'ud r.a dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam ad-Darimi dalam sunannya dengan sanad yang SAHIH, "Ramai orang yang ingin berbuat baik, namun tidak sampai apa yang mereka inginkan itu".
Maksudnya disini ialah ramai orang niat mereka baik, tetapi cara mereka adalah salah dan mukhalafah (menyanggahi) sunnah.
Firman Allah swt dalam surah al-Israa' ayat 36 :
Dan janganlah kamu berbuat sesuatu yang kamu tidak ketahui, kerana pendengaran, penglihatan dan jantung hati kamu akan disoal.
Jadi, sekian dahulu post saya untuk kali ini. Mohon jika ada apa-apa yang salah, harap ditegur. Saya juga bukanlah ahli dalam bidang agama. Cuma kesedaran untuk menyampaikan dengan kadar ilmu yang cetek sahaja. Sebab saya manusia biasa yang sentiasa terdedah dengan kesilapan dan kesalahan.
Wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment