Erm, kali nih terdetik nak tulis pasal sombong. Tapi bila dikenang balik, ada benda dalam kehidupan seharian kita nih, ada nilai-nilai kesombongan dalam diri kita. Tak semestinya sombong itu hanya dengan berjalan mendabik dada sahaja. Tetapi sombong itu juga boleh jadi rasa dirinya sahaja betul dalam sesuatu masalah, tanpa menghiraukan pendapat atau idea daripada pihak lain.
Firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 18 :
Dan janganlah kamu memalingkan wajah (daripada manusia) kerana sombong dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sungguh Allah swt tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan orang yang membanggakan diri.
Kalau dilihat daripada firman Allah swt diatas, kita dapat lihat bahawa antara larangan Allah swt ialah memalingkan wajah kita daripada manusia lain kerana berasa kita lebih hebat daripada yang lain.
Selain itu juga, Allah melarang kita berjalan di atas muka bumiNya ini dengan sombong. Tidak kiralah sombong dengan harta kekayaan yang kita miliki, sombong dengan ilmu yang Allah kurniakan kepada kita, sombong dengan keturunan kita yang mungkin dianggap mulia oleh masyarakat.
Apa yang disuruh oleh Islam ialah berbuat baik. Firman Allah swt dalam surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud : Buat baiklah seperti mana Allah berbuat baik kepada kamu.
Masya Allah, kalau di analisis kembali, betapa baiknya Allah swt terhadap kita. Dengan sifatnya yang Maha Pemurah, dengan sifatnya yang Maha Penyayang, kita diberi nikmat yang berbagai, yang mana firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 34 yang bermaksud : Jika dihitung nikmat Allah swt kepada kamu, maka nescaya tidak terhitung banyakknya.
Sebagai contoh, lihatlah apa yang ada depan mata anda sekarang, laptop/komputer, ini merupakan salah satu nikmat Allah swt yang wajib disyukuri. Kita dapat segala kekayaan, ilmu, harta benda, pangkat dan apa sahaja yang kita rasa menjadi milik kita sekarang ini bukanlah disebabkan oleh solat kita yang banyak, bukanlah disebabkan oleh ilmu kita, bukanlah sebab kekayaan kita, namun KURNIA ALLAH SEMATA-MATA KEPADA KITA.
Sejauh manakah kesombongan kita itu boleh membawa kita ya aiyyuhal Muslimun?? (peringatan ini juga untuk diri saya). Allah swt telah berfirman dalam surah al-Qasas lagi ayat 83 : Negeri akhirat itu kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan (kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang bertakwa.
Sebagai tambahan, mari kita renungkan hadith Nabi saw yang diriwayatkan daripada Harithah bin Wahab bahawa Nabi saw pernah bersabda : Mahukah kamu aku khabarkan sikap penghuni neraka?? Mereka itulah orang yang berperangai kasar, mendabik dada saat berjalan kerana sombong.
HR Bukhari dan Muslim - SAHIH
Dalam sebuah hadith yang lain riwayat Imam Muslim dengan sanad yang SAHIH, Nabi saw pernah bersabda bahawa : Tidak akan masuk syurga diri seseorang itu jika dalam hatinya ada seberat biji sawi dari kesombongan. Jadi seorang sahabat bertanya, apakah dengan memakai pekaian cantik dan selipar yang elok itu dikira sombong? Maka Nabi saw bersabda : Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.
Jadi berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan hadith Nabi saw yang sahih diatas, jelas sekali bahawa Islam sangat melarang ummatnya berlaku sombong sesama manusia. Hal ini demi mengelakkan perpecahan yang mungkin berlaku yang mana akan menguntungkan musuh Islam.
So, setakat ni dululah coretan saya. If ada apa2 yang salah dan silap, mohon ditegur sebab saya hanyalah insan yang dhaif.
Wallahu a'lam... =D
No comments:
Post a Comment