assalamualaikum...
Entry kali ni akan membicarakan
tentang disiplin mengikuti sunnah Rasulullah saw. Ini sebenarnya diambil drpd notes di FB yg kami copypaste balik dlm blog. Harap bermanfaat.
Kita sebagai seorang
Islam beriman dengan Allah dan Rasul-Nya saw dan wajib bagi kita
mengikuti apa yang disampaikan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Dan kita
tidak akan sesat jika mengikut al-Quran dan sunnah Nabi saw. Namun
begitu, dalam kita mengikut as-Sunnah, sebenarnya ada disiplin yang
perlu kita fahami.
Mengikut sunnah Nabi saw perlu menepati dua perkara iaitu:
1) al-Qasd (Tujuan)
2) al-'Amal (Amalan)
Penjelasan:
Sebagai
contoh, Nabi saw naik unta, maka ianya sunnah tanpa syak lagi. Namun
adakah mengikut perbuatan Nabi saw ini sunnah yg mesti diikuti, dan
adakah jika naik kereta dikira bidaah?
Jawapan:
Kena lihat pada al-Qasd: Kenapa Nabi naik unta x naik kereta?
Kerana
unta itulah kenderaannya yg ada sesuai dgn zaman dan tempat itu. Maka
jika ada org di Malaysia naik unta atas alasan nak ikut Nabi saw
katanya, maka dia sebenarnya buat bidaah, kerana naik unta bukan adat
orang Malaysia dan bukan kenderaan yg munasabah dibawa ke tengah2 jalan
raya. Tapi kalau orang Arab badwi yg naik unta di padang pasir, maka
dia menepati sunnah dan hukum perbuatannya, HARUS.
Fadhilatus
Sheikh al-Faqih al-Zaman Muhammad Ibn Salih al-Uthaimeen rahimahullah
pula menyatakan amal ibadat itu hendaklah menepati kehendak syariat dlm 6
perkara:
1- Sebab
2- Jenis
3- Kadar
4- Kaifiat (Tatacara)
5-Masa
6- Tempat
Huraian serta Contoh:
1-
Sebab: Seorang Muslim membaca Yaasin Malam Jumaat, bila tanya kenapa
baca Yaasin? Dia kata: Sebab malam ni malam Jumaat. Maka ini bidaah
kerana syarak x jadikan malam Jumaat sebagai SEBAB utk baca Yaasin.
Tapi kalau dia kata: Saja lah nak baca al-Quran, maka perbuatannya TIDAK
Bidaah.
2- Jenis: Syarak suruh buat korban dgn binatang
al-An'aam (lembu, unta, kambing) tapi dia buat korban dgn ayam atau
burung, maka tidak sah.
3- Kadar: Contoh mudah: Syarak
kata solat Subuh 2 rakaat, jika dia sengaja tambah jadi 3 rakaat atau
lebih maka tidak sah demikian juga dikurangkan.
4-
Kaifiat: Syarak tetapkan wajib menegur kesalahan pemerintah, tetapi dgn
sirr (perlahan), jika dia lakukan dgn terang-terangan dalam bentuk yg
mengaibkan pemerintah, maka ini bidaah. Demikian juga misalnya, jika
dia solat tapi dia sujud dahulu baru rukuk maka solatnya tidak sah
kerana tidak mengikut tertib dan cara ibadah mengikut Nabi saw.
5- Masa: Masa mula puasa adalah terbit Fajar, tetapi jika dia mula puasa dari malam atau sebelum masuk Fajar maka ini bidaah.
6- Tempat: Haji tempatnya di Makkah, kalau dia buat Haji di Baitul Maqdis maka tidak sah.
Jadi,
kita kembali kpada kaedah yg dijelaskan Sheikhul Islam Ibn Taimiah
rahimahullah, mutabaah hendaklah menepati al-Qasd dan al-'Amal.
Misalnya:
Nabi saw naik ke bukit Hira' apa sebabnya? Yakni apa Qasad Nabi saw?
Jawapnnya utk ber'uzlah pada ketika itu sebelum disyariatkan lagi Islam.
Maka jika orang hari ni naik ke Jabal Hira' utk alasan mengikut sunnah
katanya sebab Nabi saw naik, maka tidak tepat lagi sebab x sama tujuan
dia naik dengan tujuan Nabi saw naik.
Demikian juga
solat di Zulhulaifah misalnya masa miqat dari Madinah, Nabi saw solat
kerana baginda sempat masuk waktu Zohor ketika sampai di situ, adapun
jika sekarang ni orang2 umrah berhenti solat di situ atas dasar Nabi
solat maka sudah tidak lagi dinamakan sunnah kerana tidak sama qasad
dia dengan qasad Nabi saw.
Kita pergi pula kepada permasalahan Maulid Nabi saw dan perayaan-perayaan bidaah dengan melihat kaedahnya.
Kaedah Pertama:
Mereka
yg sambut Maulid Nabi saw, Isra' mikraj dll, dari segi qasad mungkin
benar iaitu cinta kepada Nabi saw tetapi salah pada syarat yg kedua
iaitulah: AL-'AMAL. Maka jadilah ianya bidaah.
Kaedah Kedua:
Syarak
tidak menjadikan Isra' Mikraj, Maulid, dan seumpamanya sebagai
WAKTU/MASA utk ibadah khusus, dan tidak pula sebagai SEBAB utk beraya.
Maka merayakannya adalah bidaah dhalalah.
Haa kali ini kita pergi ke permasalahan Nisfu Syaaban.
Mereka
yg beribadat pada malam Nisfu Syaaban dgn amalan tertentu yg khusus,
mereka walaupun benar pada al-Qasd (niat yg baik mengharap pahala) namun
mereka tidak menepati syarat mutabaah yg ke-2 iaitu al-'Amal kerana
Nabi saw tidak pernah membaca Yaasin beramai2 pd malam Nisfu Syaaban.
Demikian
juga, syarak tidak menjadikan Malam Nisfu Syaaban sebagai sebab utk
merayakan atau membaca surah2 khusus atau solat2 khusus.
Jadi,
berdasarkan penerangan-penerangan diatas, maka kita harus mengetahui
mengikut sunnah Nabi saw memerlukan displin-displinnya iaitu, al-Qasd
dan al-'Amal. Moga notes ini memberi manfaat kepada kaum Muslimeen.
Firman Allah swt dalam surah al-Ahzaab ayat 21:
Demi
sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah
dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati
Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang.
Artikel
ini sebenarnya tulisan dan ulasan guru kami Fadhilatus Sheikh al-Ustaz
Muhammad Asrie Sobri di wall beliau yang kami jadikan sebagai notes
setelah meminta izin kerana ia sangat berguna pada kaum Muslimeen.
Wallahu ta'ala a'lam....
Friday, May 11, 2012
Wednesday, May 9, 2012
Status Hadith Bergomolan Dengan Khinzir...
assalamualaikum.... Ni adalah takhrih hadith tentang hadith bergomolan dengan khinzir lebih baik bagi bla bla bla utk pasangan bercouple tuh. Harap lepas ni jelas dan jangan sebarkan.
Soalan: Assalamualaikum ustaz. Mohon takhrij kpd hadith ni...
Bergomolan dengan babi (khinzir) itu
adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan
wanita yang bukan mahram. HR Ibn Majah
Jawapan:
waalaikumussalam...
Setelah dicari, hadith ni tiada dalam Sunan Ibn Majah, tetapi ada dlm Mu'jam al-Kabeer oleh at-Thabarani dan Musnad al-Ruyani, dan pada sanadnya terdapat kedhaifan:
Setelah dicari, hadith ni tiada dalam Sunan Ibn Majah, tetapi ada dlm Mu'jam al-Kabeer oleh at-Thabarani dan Musnad al-Ruyani, dan pada sanadnya terdapat kedhaifan:
1- 'Ali bin Yazid al-Alhani = dhaif bahkan dihukum Mungkarul Hadith
2- Ubaidullah bin Zahr = dhaif
3- al-Qasim bin Abdul Rahman al-Syami = Komen Ibn Hibban berkenaan beliau: Adalah dia meriwayatkan daripada para sahabat hadith2 mu'dhal.
Maka hadis ini dhaif tidak menjadi hujjah namun larangan menyentuh wanita ajnabiah tsabit dgn hadith2 lain yang sahih.
Makanya, hadith bergomlan ini hukumnya dhaif jiddan (sengat lemah), tak boleh berhujjah dengannya, tak boleh beramal dengannya dalam fadhail a'mal, galakkan atau pemberi ancaman.
Namun begitu, hadith dapat menggantikan hadith yg tertolak di atas:
لأن يطعن في رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له
Maksudnya: Jika dicucuk kpd seseorang kamu dengan jarum daripada besi itu lebih baik baginya daripada dia menyentuh wanita yg tidak halal baginya.
Hadith ini dikeluarkan oleh al-Thabarani dlm Mu'jam al-Kabeer dan al-Ruyani dlm Musnad dengan sanad yg SAHIH.
Istilah hadith:
Mungkarul hadith: Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang tidak dipercayai bercanggah dengan hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih dipercayai. Hadith ini dhaif jiddan (sangat lemah).
Hadith mu'dhal: Hadith yang gugur dari sanadnya dua orang secara berturut-turut. Hadith ini dikira hadith dhaif kerana sanadnya terputus.
Jawapan oleh: Syaikhuna al-Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri
Jadi, berhenti sama sekali
menyebarkan hadith yang tak sahih ini supaya kita selamat daripada
ancaman Nabi saw: Barangsiapa berdusta atas nama aku, siap tempat
duduknya dalam neraka. HR Bukhari, Muslim dll (status: mutawatir).
Allahu a'Lam... :)
Tuesday, May 8, 2012
Antara Yakin dan Was-was
assalamualaikum ikhwah wa akhawah...
Cewah cakap Arab plak, hahahaha (okay x payah gelak). Sebenarnya idea nk tulis post ni dah berkurun bersarang di dalam medulla oblongata beta, cuma tak tertulis je. Hahahahaha betul ke medulla obolongata tempat bersarangnya idea? Okay Biologists, correct me if I'm wrong. Kehkehkeh.... Okay2, serius.... Kali ni aku nk sambung kaedah fiqh yang penting setelah kaedah pertama aritu dah dibincangkan.
Kaedahnya berbunyi:
اليقين لا يزول بالشك
Sesuatu keadaan yakin tidak dapat dibatalkan/dihilangkan dengan keadaan yang syak/was-was.
Jadi, dalam kaedah ini, sesuatu yang yakin itu tidak dapat membatalkan sesuatu yang syak. Kerana yakin asal hanya dibatalkan dengan yakin yang kedua. InsyaAllah, kita akan lihat beberapa contoh bagi memudahkan kefahaman. Dalam hadith baginda Nabi saw, diajar kepada kita beberapa kaedah asas yang boleh diambil dalam masalah ini.
Antara dalil-dalilnya ialah:
1. Seorang lelaki mengadu kepada Nabi saw bahawa dia berasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi saw: Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut). HR al-Bukhari
2. Nabi saw bersabda: Tinggalkan apa-apa perkara yang meragukan kepada apa-apa perkara yang meyakinkan. HR at-Tirmizi dan an-Nasaie dengan sanad hasan sahih.
Maka Nabi saw telah mengajarkan kepada kita ttg bagaimana berhadapan dengan situasi was-was ini. Apabila kalian telah yakin melakukan sesuatu, maka jika berlaku was-was, maka tinggalkan was-was kerana tidak syak lagi was-was itu datang daripada syaitan.
Firman Allah swt dalam surah an-Naas ayat 5 dan 6 yg bermaksud:
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
Was-was boleh berlaku dalam berbagai cara. Ketika mandi hadas, berwudhuk, solat, nikah cerai dan sebagainya. Syaitan tidak akan pernah berdiam diri dalam menyesatkan anak Adam daripada mentaati Allah secara sempurna. Mesti ada sahaja perkara yang akan diganggunya sehingga seorang anak Adam itu tewas dan merasa bosan utk beribadah kerana telah diganggu dengan was-was.
Berkata Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam Ighathalatul Lahfan min Masaidisy Syaitan:
Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah saw, atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya. Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah saw. [1]
Contoh-contoh was-was yang perlu diabaikan/ditinggalkan:
1. Anda selesai mandi hadas, kemudian dengan yakin anda keluar drpd bilik air. Tiba-tiba sedang pakai baju, anda berasa seperti ada bahagian anggota badan yang tidak terkena air. Maka ketahuilah ini was-was yang perlu ditinggalkan kerana itu adalah bisikan syaitan. Mengapa perlu anda ulangi mandi hadas berkali-kali atas sesuatu perkara yang anda tidak yakin tentangnya? Hanya yakin yang membatalkan yakin.
2. Anda solat lalu anda terasa seperti ada sesuatu di bahagian punggung anda, maka tinggalkan perasaan itu kecuali sehingga anda dengar bunyi dan bau 'wangi' petai/durian/telor basi dan sebagainya. Hehehe... :P
3. Seorang suami melafazkan satu ayat yang mana mungkin boleh ditafsir dengan macam-macam penafsiran, dalan salah satu penafsiran itu ialah penceraian. Lafaz disini bermaksud lafaz secarah kinayah, yakni lafaz sindiran. Maka dalam hal ini tidak jatuh talak ke atas si isteri sehingga jelas si suami sendiri menyatakan maksudnya utk menceraikan si isteri. Adapun lafaz secara sarih (jelas) yg tidak ada penafsiran melainkan cerai, maka jatuh talak tanpa syak.
4. Bagi mengelakkan was-was yang merasai air kencing terkena pakaian atau masih terkeluar dari kemaluan, dicadangkan agar selepas membuang air kecil, diambil air dan direnjis pada pakaian yang berhampiran. Tujuannya, agar jika ternampak apa-apa kesan air, maka anggaplah itu air renjisan tadi. Al-Imam Ahmad telah ditanya oleh seorang lelaki yang selepas berwuduk masih merasa berhadas. Kata al-Imam Ahmad: “Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak insyaAllah”. (Ibn Qudamah, al-Syarh al-Kabir 1/94) Cadangan al-Imam Ahmad ini berteraskan hadis: “Bahawa Nabi saw kencing, kemudian berwuduk dan merenjiskan air pada kemaluan baginda” (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Nabi saw melakukan perbuatan tersebut sebagai panduan kepada kita. [1]
Banyak lagi sebenarnya contoh dan keadaan tentang was-was ini. Namun, sebagai manusia Muslim, kita kena taat dan patuh kepada Allah dan Rasul. Dan ketahuilah, mentaati was-was beerti mentaati perintah syaitan. Maka jauhi dan tinggalkan was-was. Jangan pernah mengajar diri kita untuk melayan was-was kerana itu bukan jalan Allah dan Rasul-Nya. Pelayan was-was hanya melakukan bidaah yang dicela dalam agama. Kerana Nabi saw tidak pernah mengajar kita utk melayan was-was. Tinggalkan was-was, mudahkan urusan ibadah. Sahkan ibadah, bukan susahkan ibadah. Moga Allah redha atas diri ini dan para pembaca. Segala pembetulan boleh ditegur diruangan komen. Moga teguran anda bermanfaat utk kaum Muslimeen.
--- telah disemak oleh guru kami: Syaikh Muhammad Asrie bin Sobri ---
Allahu a'Lam.
Nota kaki: [1]: http://drmaza.com/home/?p=1052

Subscribe to:
Posts (Atom)