Friday, May 11, 2012

Disiplin Mengikuti Sunnah Rasulullah saw

assalamualaikum...

Entry kali ni akan membicarakan tentang disiplin mengikuti sunnah Rasulullah saw. Ini sebenarnya diambil drpd notes di FB yg kami copypaste balik dlm blog. Harap bermanfaat.

Kita sebagai seorang Islam beriman dengan Allah dan Rasul-Nya saw dan wajib bagi kita mengikuti apa yang disampaikan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Dan kita tidak akan sesat jika mengikut al-Quran dan sunnah Nabi saw. Namun begitu, dalam kita mengikut as-Sunnah, sebenarnya ada disiplin yang perlu kita fahami.

Mengikut sunnah Nabi saw perlu menepati dua perkara iaitu:

1) al-Qasd (Tujuan)
2) al-'Amal (Amalan)

Penjelasan:

Sebagai contoh, Nabi saw naik unta, maka ianya sunnah tanpa syak lagi. Namun adakah mengikut perbuatan Nabi saw ini sunnah yg mesti diikuti, dan adakah jika naik kereta dikira bidaah?

Jawapan:

Kena lihat pada al-Qasd: Kenapa Nabi naik unta x naik kereta?

Kerana unta itulah kenderaannya yg ada sesuai dgn zaman dan tempat itu. Maka jika ada org di Malaysia naik unta atas alasan nak ikut Nabi saw katanya, maka dia sebenarnya buat bidaah, kerana naik unta bukan adat orang Malaysia dan bukan kenderaan yg munasabah dibawa ke tengah2 jalan raya. Tapi kalau orang Arab badwi yg naik unta di padang pasir, maka dia menepati sunnah dan hukum perbuatannya, HARUS.

Fadhilatus Sheikh al-Faqih al-Zaman Muhammad Ibn Salih al-Uthaimeen rahimahullah pula menyatakan amal ibadat itu hendaklah menepati kehendak syariat dlm 6 perkara:

1- Sebab
2- Jenis
3- Kadar
4- Kaifiat (Tatacara)
5-Masa
6- Tempat

Huraian serta Contoh:

1- Sebab: Seorang Muslim membaca Yaasin Malam Jumaat, bila tanya kenapa baca Yaasin? Dia kata: Sebab malam ni malam Jumaat. Maka ini bidaah kerana syarak x jadikan malam Jumaat sebagai SEBAB utk baca Yaasin. Tapi kalau dia kata: Saja lah nak baca al-Quran, maka perbuatannya TIDAK Bidaah.

2- Jenis: Syarak suruh buat korban dgn binatang al-An'aam (lembu, unta, kambing) tapi dia buat korban dgn ayam atau burung, maka tidak sah.

3- Kadar: Contoh mudah: Syarak kata solat Subuh 2 rakaat, jika dia sengaja tambah jadi 3 rakaat atau lebih maka tidak sah demikian juga dikurangkan.

4- Kaifiat: Syarak tetapkan wajib menegur kesalahan pemerintah, tetapi dgn sirr (perlahan), jika dia lakukan dgn terang-terangan dalam bentuk yg mengaibkan pemerintah, maka ini bidaah. Demikian juga misalnya, jika dia solat tapi dia sujud dahulu baru rukuk maka solatnya tidak sah kerana tidak mengikut tertib dan cara ibadah mengikut Nabi saw.

5- Masa: Masa mula puasa adalah terbit Fajar, tetapi jika dia mula puasa dari malam atau sebelum masuk Fajar maka ini bidaah.

6- Tempat: Haji tempatnya di Makkah, kalau dia buat Haji di Baitul Maqdis maka tidak sah.


Jadi, kita kembali kpada kaedah yg dijelaskan  Sheikhul Islam Ibn Taimiah rahimahullah, mutabaah hendaklah menepati al-Qasd dan al-'Amal.

Misalnya: Nabi saw naik ke bukit Hira' apa sebabnya? Yakni apa Qasad Nabi saw? Jawapnnya utk ber'uzlah pada ketika itu sebelum disyariatkan lagi Islam. Maka jika orang hari ni naik ke Jabal Hira' utk alasan mengikut sunnah katanya sebab Nabi saw naik, maka tidak tepat lagi sebab x sama tujuan dia naik dengan tujuan Nabi saw naik.

Demikian juga solat di Zulhulaifah misalnya masa miqat dari Madinah, Nabi saw solat kerana baginda sempat masuk waktu Zohor ketika sampai di situ, adapun jika sekarang ni orang2 umrah berhenti solat di situ atas dasar Nabi solat maka sudah tidak lagi dinamakan sunnah kerana tidak sama qasad dia dengan qasad Nabi saw.

Kita pergi pula kepada permasalahan Maulid Nabi saw dan perayaan-perayaan bidaah dengan melihat kaedahnya.

Kaedah Pertama:
Mereka yg sambut Maulid Nabi saw, Isra' mikraj dll, dari segi qasad mungkin benar iaitu cinta kepada Nabi saw tetapi salah pada syarat yg kedua iaitulah: AL-'AMAL. Maka jadilah ianya bidaah.

Kaedah Kedua:
Syarak tidak menjadikan Isra' Mikraj, Maulid, dan seumpamanya sebagai WAKTU/MASA utk ibadah khusus, dan tidak pula sebagai SEBAB utk beraya. Maka merayakannya adalah bidaah dhalalah.


Haa kali ini kita pergi ke permasalahan Nisfu Syaaban.

Mereka yg beribadat pada malam Nisfu Syaaban dgn amalan tertentu yg khusus, mereka walaupun benar pada al-Qasd (niat yg baik mengharap pahala) namun mereka tidak menepati syarat mutabaah yg ke-2 iaitu al-'Amal kerana Nabi saw tidak pernah membaca Yaasin beramai2 pd malam Nisfu Syaaban.

Demikian juga, syarak tidak menjadikan Malam Nisfu Syaaban sebagai sebab utk merayakan atau membaca surah2 khusus atau solat2 khusus.

Jadi, berdasarkan penerangan-penerangan diatas, maka kita harus mengetahui mengikut sunnah Nabi saw memerlukan displin-displinnya iaitu, al-Qasd dan al-'Amal. Moga notes ini memberi manfaat kepada kaum Muslimeen.


Firman Allah swt dalam surah al-Ahzaab ayat 21:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang.




Artikel ini sebenarnya tulisan dan ulasan guru kami Fadhilatus Sheikh al-Ustaz Muhammad Asrie Sobri di wall beliau yang kami jadikan sebagai notes setelah meminta izin kerana ia sangat berguna pada kaum Muslimeen.

Wallahu ta'ala a'lam....

1 comment: