Tuesday, May 8, 2012

Antara Yakin dan Was-was

assalamualaikum ikhwah wa akhawah...

Cewah cakap Arab plak, hahahaha (okay x payah gelak). Sebenarnya idea nk tulis post ni dah berkurun bersarang di dalam medulla oblongata beta, cuma tak tertulis je. Hahahahaha betul ke medulla obolongata tempat bersarangnya idea? Okay Biologists, correct me if I'm wrong. Kehkehkeh.... Okay2, serius.... Kali ni aku nk sambung kaedah fiqh yang penting setelah kaedah pertama aritu dah dibincangkan.

Kaedahnya berbunyi:

 اليقين لا يزول بالشك

Sesuatu keadaan yakin tidak dapat dibatalkan/dihilangkan dengan keadaan yang syak/was-was.

Jadi, dalam kaedah ini, sesuatu yang yakin itu tidak dapat membatalkan sesuatu yang syak. Kerana yakin asal hanya dibatalkan dengan yakin yang kedua. InsyaAllah, kita akan lihat beberapa contoh bagi memudahkan kefahaman. Dalam hadith baginda Nabi saw, diajar kepada kita beberapa kaedah asas yang boleh diambil dalam masalah ini.

Antara dalil-dalilnya ialah:

1. Seorang lelaki mengadu kepada Nabi saw bahawa dia berasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi saw: Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut). HR al-Bukhari

2. Nabi saw bersabda: Tinggalkan apa-apa perkara yang meragukan kepada apa-apa perkara yang meyakinkan. HR at-Tirmizi dan an-Nasaie dengan sanad hasan sahih.

Maka Nabi saw telah mengajarkan kepada kita ttg bagaimana berhadapan dengan situasi was-was ini. Apabila kalian telah yakin melakukan sesuatu, maka jika berlaku was-was, maka tinggalkan was-was kerana tidak syak lagi was-was itu datang daripada syaitan.

Firman Allah swt dalam surah an-Naas ayat 5 dan 6 yg bermaksud:

Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Was-was boleh berlaku dalam berbagai cara. Ketika mandi hadas, berwudhuk, solat, nikah cerai dan sebagainya. Syaitan tidak akan pernah berdiam diri dalam menyesatkan anak Adam daripada mentaati Allah secara sempurna. Mesti ada sahaja perkara yang akan diganggunya sehingga seorang anak Adam itu tewas dan merasa bosan utk beribadah kerana telah diganggu dengan was-was.

Berkata Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam Ighathalatul Lahfan min Masaidisy Syaitan:

Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah saw, atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya. Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah saw. [1]

Contoh-contoh was-was yang perlu diabaikan/ditinggalkan:

1. Anda selesai mandi hadas, kemudian dengan yakin anda keluar drpd bilik air. Tiba-tiba sedang pakai baju, anda berasa seperti ada bahagian anggota badan yang tidak terkena air. Maka ketahuilah ini was-was yang perlu ditinggalkan kerana itu adalah bisikan syaitan. Mengapa perlu anda ulangi mandi hadas berkali-kali atas sesuatu perkara yang anda tidak yakin tentangnya? Hanya yakin yang membatalkan yakin.

2. Anda solat lalu anda terasa seperti ada sesuatu di bahagian punggung anda, maka tinggalkan perasaan itu kecuali sehingga anda dengar bunyi dan bau 'wangi' petai/durian/telor basi dan sebagainya. Hehehe... :P

3. Seorang suami melafazkan satu ayat yang mana mungkin boleh ditafsir dengan macam-macam penafsiran, dalan salah satu penafsiran itu ialah penceraian. Lafaz disini bermaksud lafaz secarah kinayah, yakni lafaz sindiran. Maka dalam hal ini tidak jatuh talak ke atas si isteri sehingga jelas si suami sendiri menyatakan maksudnya utk menceraikan si isteri. Adapun lafaz secara sarih (jelas) yg tidak ada penafsiran melainkan cerai, maka jatuh talak tanpa syak.

4. Bagi mengelakkan was-was yang merasai air kencing terkena pakaian atau masih terkeluar dari kemaluan, dicadangkan agar selepas membuang air kecil, diambil air dan direnjis pada pakaian yang berhampiran. Tujuannya, agar jika ternampak apa-apa kesan air, maka anggaplah itu air renjisan tadi. Al-Imam Ahmad telah ditanya oleh seorang lelaki yang selepas berwuduk masih merasa berhadas. Kata al-Imam Ahmad: “Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak insyaAllah”. (Ibn Qudamah, al-Syarh al-Kabir 1/94) Cadangan al-Imam Ahmad ini berteraskan hadis: “Bahawa Nabi saw kencing, kemudian berwuduk dan merenjiskan air pada kemaluan baginda” (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Nabi saw melakukan perbuatan tersebut sebagai panduan kepada kita. [1]

Banyak lagi sebenarnya contoh dan keadaan tentang was-was ini. Namun, sebagai manusia Muslim, kita kena taat dan patuh kepada Allah dan Rasul. Dan ketahuilah, mentaati was-was beerti mentaati perintah syaitan. Maka jauhi dan tinggalkan was-was. Jangan pernah mengajar diri kita untuk melayan was-was kerana itu bukan jalan Allah dan Rasul-Nya. Pelayan was-was hanya melakukan bidaah yang dicela dalam agama. Kerana Nabi saw tidak pernah mengajar kita utk melayan was-was. Tinggalkan was-was, mudahkan urusan ibadah. Sahkan ibadah, bukan susahkan ibadah. Moga Allah redha atas diri ini dan para pembaca. Segala pembetulan boleh ditegur diruangan komen. Moga teguran anda bermanfaat utk kaum Muslimeen.

--- telah disemak oleh guru kami: Syaikh Muhammad Asrie bin Sobri ---

Allahu a'Lam.

Nota kaki: [1]: http://drmaza.com/home/?p=1052

3 comments: