Friday, May 11, 2012

Disiplin Mengikuti Sunnah Rasulullah saw

assalamualaikum...

Entry kali ni akan membicarakan tentang disiplin mengikuti sunnah Rasulullah saw. Ini sebenarnya diambil drpd notes di FB yg kami copypaste balik dlm blog. Harap bermanfaat.

Kita sebagai seorang Islam beriman dengan Allah dan Rasul-Nya saw dan wajib bagi kita mengikuti apa yang disampaikan di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Dan kita tidak akan sesat jika mengikut al-Quran dan sunnah Nabi saw. Namun begitu, dalam kita mengikut as-Sunnah, sebenarnya ada disiplin yang perlu kita fahami.

Mengikut sunnah Nabi saw perlu menepati dua perkara iaitu:

1) al-Qasd (Tujuan)
2) al-'Amal (Amalan)

Penjelasan:

Sebagai contoh, Nabi saw naik unta, maka ianya sunnah tanpa syak lagi. Namun adakah mengikut perbuatan Nabi saw ini sunnah yg mesti diikuti, dan adakah jika naik kereta dikira bidaah?

Jawapan:

Kena lihat pada al-Qasd: Kenapa Nabi naik unta x naik kereta?

Kerana unta itulah kenderaannya yg ada sesuai dgn zaman dan tempat itu. Maka jika ada org di Malaysia naik unta atas alasan nak ikut Nabi saw katanya, maka dia sebenarnya buat bidaah, kerana naik unta bukan adat orang Malaysia dan bukan kenderaan yg munasabah dibawa ke tengah2 jalan raya. Tapi kalau orang Arab badwi yg naik unta di padang pasir, maka dia menepati sunnah dan hukum perbuatannya, HARUS.

Fadhilatus Sheikh al-Faqih al-Zaman Muhammad Ibn Salih al-Uthaimeen rahimahullah pula menyatakan amal ibadat itu hendaklah menepati kehendak syariat dlm 6 perkara:

1- Sebab
2- Jenis
3- Kadar
4- Kaifiat (Tatacara)
5-Masa
6- Tempat

Huraian serta Contoh:

1- Sebab: Seorang Muslim membaca Yaasin Malam Jumaat, bila tanya kenapa baca Yaasin? Dia kata: Sebab malam ni malam Jumaat. Maka ini bidaah kerana syarak x jadikan malam Jumaat sebagai SEBAB utk baca Yaasin. Tapi kalau dia kata: Saja lah nak baca al-Quran, maka perbuatannya TIDAK Bidaah.

2- Jenis: Syarak suruh buat korban dgn binatang al-An'aam (lembu, unta, kambing) tapi dia buat korban dgn ayam atau burung, maka tidak sah.

3- Kadar: Contoh mudah: Syarak kata solat Subuh 2 rakaat, jika dia sengaja tambah jadi 3 rakaat atau lebih maka tidak sah demikian juga dikurangkan.

4- Kaifiat: Syarak tetapkan wajib menegur kesalahan pemerintah, tetapi dgn sirr (perlahan), jika dia lakukan dgn terang-terangan dalam bentuk yg mengaibkan pemerintah, maka ini bidaah. Demikian juga misalnya, jika dia solat tapi dia sujud dahulu baru rukuk maka solatnya tidak sah kerana tidak mengikut tertib dan cara ibadah mengikut Nabi saw.

5- Masa: Masa mula puasa adalah terbit Fajar, tetapi jika dia mula puasa dari malam atau sebelum masuk Fajar maka ini bidaah.

6- Tempat: Haji tempatnya di Makkah, kalau dia buat Haji di Baitul Maqdis maka tidak sah.


Jadi, kita kembali kpada kaedah yg dijelaskan  Sheikhul Islam Ibn Taimiah rahimahullah, mutabaah hendaklah menepati al-Qasd dan al-'Amal.

Misalnya: Nabi saw naik ke bukit Hira' apa sebabnya? Yakni apa Qasad Nabi saw? Jawapnnya utk ber'uzlah pada ketika itu sebelum disyariatkan lagi Islam. Maka jika orang hari ni naik ke Jabal Hira' utk alasan mengikut sunnah katanya sebab Nabi saw naik, maka tidak tepat lagi sebab x sama tujuan dia naik dengan tujuan Nabi saw naik.

Demikian juga solat di Zulhulaifah misalnya masa miqat dari Madinah, Nabi saw solat kerana baginda sempat masuk waktu Zohor ketika sampai di situ, adapun jika sekarang ni orang2 umrah berhenti solat di situ atas dasar Nabi solat maka sudah tidak lagi dinamakan sunnah kerana tidak sama qasad dia dengan qasad Nabi saw.

Kita pergi pula kepada permasalahan Maulid Nabi saw dan perayaan-perayaan bidaah dengan melihat kaedahnya.

Kaedah Pertama:
Mereka yg sambut Maulid Nabi saw, Isra' mikraj dll, dari segi qasad mungkin benar iaitu cinta kepada Nabi saw tetapi salah pada syarat yg kedua iaitulah: AL-'AMAL. Maka jadilah ianya bidaah.

Kaedah Kedua:
Syarak tidak menjadikan Isra' Mikraj, Maulid, dan seumpamanya sebagai WAKTU/MASA utk ibadah khusus, dan tidak pula sebagai SEBAB utk beraya. Maka merayakannya adalah bidaah dhalalah.


Haa kali ini kita pergi ke permasalahan Nisfu Syaaban.

Mereka yg beribadat pada malam Nisfu Syaaban dgn amalan tertentu yg khusus, mereka walaupun benar pada al-Qasd (niat yg baik mengharap pahala) namun mereka tidak menepati syarat mutabaah yg ke-2 iaitu al-'Amal kerana Nabi saw tidak pernah membaca Yaasin beramai2 pd malam Nisfu Syaaban.

Demikian juga, syarak tidak menjadikan Malam Nisfu Syaaban sebagai sebab utk merayakan atau membaca surah2 khusus atau solat2 khusus.

Jadi, berdasarkan penerangan-penerangan diatas, maka kita harus mengetahui mengikut sunnah Nabi saw memerlukan displin-displinnya iaitu, al-Qasd dan al-'Amal. Moga notes ini memberi manfaat kepada kaum Muslimeen.


Firman Allah swt dalam surah al-Ahzaab ayat 21:

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang.




Artikel ini sebenarnya tulisan dan ulasan guru kami Fadhilatus Sheikh al-Ustaz Muhammad Asrie Sobri di wall beliau yang kami jadikan sebagai notes setelah meminta izin kerana ia sangat berguna pada kaum Muslimeen.

Wallahu ta'ala a'lam....

Wednesday, May 9, 2012

Status Hadith Bergomolan Dengan Khinzir...

assalamualaikum.... Ni adalah takhrih hadith tentang hadith bergomolan dengan khinzir lebih baik bagi bla bla bla utk pasangan bercouple tuh. Harap lepas ni jelas dan jangan sebarkan.

Soalan: Assalamualaikum ustaz. Mohon takhrij kpd hadith ni... 

Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram. HR Ibn Majah

Jawapan: 

waalaikumussalam...

Setelah dicari, hadith ni tiada dalam Sunan Ibn Majah, tetapi ada dlm Mu'jam al-Kabeer oleh at-Thabarani dan Musnad al-Ruyani, dan pada sanadnya terdapat kedhaifan:

1- 'Ali bin Yazid al-Alhani = dhaif bahkan dihukum Mungkarul Hadith

2- Ubaidullah bin Zahr =  dhaif

3- al-Qasim bin Abdul Rahman al-Syami = Komen Ibn Hibban berkenaan beliau: Adalah dia meriwayatkan daripada para sahabat hadith2 mu'dhal.

Maka hadis ini dhaif tidak menjadi hujjah namun larangan menyentuh wanita ajnabiah tsabit dgn hadith2 lain yang sahih.

Makanya, hadith bergomlan ini hukumnya dhaif jiddan (sengat lemah), tak boleh berhujjah dengannya, tak boleh beramal dengannya dalam fadhail a'mal, galakkan atau pemberi ancaman.


Namun begitu, hadith dapat menggantikan hadith yg tertolak di atas:


لأن يطعن في رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس امرأة لا تحل له

Maksudnya: Jika dicucuk kpd seseorang kamu dengan jarum daripada besi itu lebih baik baginya daripada dia menyentuh wanita yg tidak halal baginya.

Hadith ini dikeluarkan oleh al-Thabarani dlm Mu'jam al-Kabeer dan al-Ruyani dlm Musnad dengan sanad yg SAHIH.

Istilah hadith:

Mungkarul hadith: Hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi yang tidak dipercayai bercanggah dengan hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang lebih dipercayai. Hadith ini dhaif jiddan (sangat lemah). 

Hadith mu'dhal: Hadith yang gugur dari sanadnya dua orang secara berturut-turut. Hadith ini dikira hadith dhaif kerana sanadnya terputus. 

Jawapan oleh: Syaikhuna al-Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri

Jadi, berhenti sama sekali menyebarkan hadith yang tak sahih ini supaya kita selamat daripada ancaman Nabi saw: Barangsiapa berdusta atas nama aku, siap tempat duduknya dalam neraka. HR Bukhari, Muslim dll (status: mutawatir). 

Allahu a'Lam... :)

Tuesday, May 8, 2012

Antara Yakin dan Was-was

assalamualaikum ikhwah wa akhawah...

Cewah cakap Arab plak, hahahaha (okay x payah gelak). Sebenarnya idea nk tulis post ni dah berkurun bersarang di dalam medulla oblongata beta, cuma tak tertulis je. Hahahahaha betul ke medulla obolongata tempat bersarangnya idea? Okay Biologists, correct me if I'm wrong. Kehkehkeh.... Okay2, serius.... Kali ni aku nk sambung kaedah fiqh yang penting setelah kaedah pertama aritu dah dibincangkan.

Kaedahnya berbunyi:

 اليقين لا يزول بالشك

Sesuatu keadaan yakin tidak dapat dibatalkan/dihilangkan dengan keadaan yang syak/was-was.

Jadi, dalam kaedah ini, sesuatu yang yakin itu tidak dapat membatalkan sesuatu yang syak. Kerana yakin asal hanya dibatalkan dengan yakin yang kedua. InsyaAllah, kita akan lihat beberapa contoh bagi memudahkan kefahaman. Dalam hadith baginda Nabi saw, diajar kepada kita beberapa kaedah asas yang boleh diambil dalam masalah ini.

Antara dalil-dalilnya ialah:

1. Seorang lelaki mengadu kepada Nabi saw bahawa dia berasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi saw: Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut). HR al-Bukhari

2. Nabi saw bersabda: Tinggalkan apa-apa perkara yang meragukan kepada apa-apa perkara yang meyakinkan. HR at-Tirmizi dan an-Nasaie dengan sanad hasan sahih.

Maka Nabi saw telah mengajarkan kepada kita ttg bagaimana berhadapan dengan situasi was-was ini. Apabila kalian telah yakin melakukan sesuatu, maka jika berlaku was-was, maka tinggalkan was-was kerana tidak syak lagi was-was itu datang daripada syaitan.

Firman Allah swt dalam surah an-Naas ayat 5 dan 6 yg bermaksud:

Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia,(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

Was-was boleh berlaku dalam berbagai cara. Ketika mandi hadas, berwudhuk, solat, nikah cerai dan sebagainya. Syaitan tidak akan pernah berdiam diri dalam menyesatkan anak Adam daripada mentaati Allah secara sempurna. Mesti ada sahaja perkara yang akan diganggunya sehingga seorang anak Adam itu tewas dan merasa bosan utk beribadah kerana telah diganggu dengan was-was.

Berkata Ibn Qayyim al-Jauziyyah dalam Ighathalatul Lahfan min Masaidisy Syaitan:

Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah saw, atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya. Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah saw. [1]

Contoh-contoh was-was yang perlu diabaikan/ditinggalkan:

1. Anda selesai mandi hadas, kemudian dengan yakin anda keluar drpd bilik air. Tiba-tiba sedang pakai baju, anda berasa seperti ada bahagian anggota badan yang tidak terkena air. Maka ketahuilah ini was-was yang perlu ditinggalkan kerana itu adalah bisikan syaitan. Mengapa perlu anda ulangi mandi hadas berkali-kali atas sesuatu perkara yang anda tidak yakin tentangnya? Hanya yakin yang membatalkan yakin.

2. Anda solat lalu anda terasa seperti ada sesuatu di bahagian punggung anda, maka tinggalkan perasaan itu kecuali sehingga anda dengar bunyi dan bau 'wangi' petai/durian/telor basi dan sebagainya. Hehehe... :P

3. Seorang suami melafazkan satu ayat yang mana mungkin boleh ditafsir dengan macam-macam penafsiran, dalan salah satu penafsiran itu ialah penceraian. Lafaz disini bermaksud lafaz secarah kinayah, yakni lafaz sindiran. Maka dalam hal ini tidak jatuh talak ke atas si isteri sehingga jelas si suami sendiri menyatakan maksudnya utk menceraikan si isteri. Adapun lafaz secara sarih (jelas) yg tidak ada penafsiran melainkan cerai, maka jatuh talak tanpa syak.

4. Bagi mengelakkan was-was yang merasai air kencing terkena pakaian atau masih terkeluar dari kemaluan, dicadangkan agar selepas membuang air kecil, diambil air dan direnjis pada pakaian yang berhampiran. Tujuannya, agar jika ternampak apa-apa kesan air, maka anggaplah itu air renjisan tadi. Al-Imam Ahmad telah ditanya oleh seorang lelaki yang selepas berwuduk masih merasa berhadas. Kata al-Imam Ahmad: “Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak insyaAllah”. (Ibn Qudamah, al-Syarh al-Kabir 1/94) Cadangan al-Imam Ahmad ini berteraskan hadis: “Bahawa Nabi saw kencing, kemudian berwuduk dan merenjiskan air pada kemaluan baginda” (Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani). Nabi saw melakukan perbuatan tersebut sebagai panduan kepada kita. [1]

Banyak lagi sebenarnya contoh dan keadaan tentang was-was ini. Namun, sebagai manusia Muslim, kita kena taat dan patuh kepada Allah dan Rasul. Dan ketahuilah, mentaati was-was beerti mentaati perintah syaitan. Maka jauhi dan tinggalkan was-was. Jangan pernah mengajar diri kita untuk melayan was-was kerana itu bukan jalan Allah dan Rasul-Nya. Pelayan was-was hanya melakukan bidaah yang dicela dalam agama. Kerana Nabi saw tidak pernah mengajar kita utk melayan was-was. Tinggalkan was-was, mudahkan urusan ibadah. Sahkan ibadah, bukan susahkan ibadah. Moga Allah redha atas diri ini dan para pembaca. Segala pembetulan boleh ditegur diruangan komen. Moga teguran anda bermanfaat utk kaum Muslimeen.

--- telah disemak oleh guru kami: Syaikh Muhammad Asrie bin Sobri ---

Allahu a'Lam.

Nota kaki: [1]: http://drmaza.com/home/?p=1052

Tuesday, April 10, 2012

Syarah Hadith Tentang Persetujuan Gadis dan Janda

assalamualaikum...

Okay, straight to the point, kali ni saya akan menyalin syarah hadith tentang meminta persetujuan anak gadis dan janda, dalam kitab Sunan at-Tirmizi. Syarah ini bukanlah dari saya, saya hanya menyalin kembali mengikut kuliah oleh Fadhilatus Syaikh Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin tentang hadith yang sama.

Baik, kepada maksud matan hadith:

Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Mansur, telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin Yusuf, telah menceritakan kepada kamu al-Auza'ie, dari Yahya bin Abu Kathir, dari Abu Salamah dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda:

Janda tidak boleh dinikahkan sehingga diminta keizinannya dan diminta pendapatnya, sedangkan gadis tidak boleh dinikahkan sehingga diminta izinnya. Izin seorang gadis ialah diam.

HR a-Tirmizi dalam Sunan at-Tirmizi kitab Nikah bab Minta Persetujuan Gadis dan Janda no. 1025.

Hadith ni kata al-Imam at-Tirmizi sanadnya hasan sahih

Fiqh hadith:

1. Wanita yang sudah bertaraf janda tidak boleh nikahkan oleh walinya kecuali setelah janda itu menyuruh walinya menikahkan dirinya dgn mana-mana lelaki atau setelah mendapat izin drpd dirinya utk dikahwinkan oleh walinya.

2. Wanita yang bertaraf anak dara (kebiasaan panggilan masyarakat Melayu) juga mesti diminta izin darinya oleh wali beliau seperti ayah/datuk/abang utk menikahkan beliau dengan mana-mana lelaki.

3. Namun, Nabi saw menyatakan bhw keadaan zaman Nabi saw, anak dara dikalangan mereka rata-ratanya adalah gadis yang pemalu, maka Nabi saw mengatakan bahawa izin anak dara adalah diamnya.

Hurian ringkas hadith:

Dlm hadith di atas, digunakan perkataan "dikahwinkan". Bermaksud seorang wanita itu hendaklah ada orang yang mengahwinkannya, yakni wali, bukan dia mengkahwinkan dirinya sendiri. Walaupun khilaf dalam mazhab tentang sah atau tidak nikah tanpa wali, namun hadith ini antara yang boleh dijadikan hujjah yang kuat tentang perlunya wali dalam pernikahan.

Anak dara pula tidak boleh dikahwinkan juga oleh wali melainkan dengan izinnya sama seperti janda jua. Dan Nabi sebut, tanda setuju seorang anak gadis ialah diamnya. Berbeza dengan janda, kadar malu antara anak dara dan janda mungkin ada perbezaannya. Oleh kerana janda sudah pernah berkahwin, maka dia boleh mengeluarkan suara menyatakan persetujuannya atau tidak ketika diminta oleh si wali.

Namun anak dara yang masih belum berkahwin, mungkin pada mereka agak berat utk mengatakan "ya", lalu Nabi saw mengatakan tanda setuju seorang anak dara ialah diamnya. Hal ini Nabi sebut tentang dimensi zaman, yang mana mungkin anak dara zaman sekarang sudah boleh mengaku "ya" apabila dipinang oleh jejaka idamannya, maka tiada masalah tentang hal ini. :D

Sedikit point yang menarik, Nabi memaksudkan disini adalah pentingnya setuju atau tidak setuju. Bukan soal diam atau bercakap. Jika anak dara pada zaman kini memang jenis yang bercakap, tiba-tiba apabila dipinang dia diam, maka boleh jadi diam beliau disini bermaksud tidak setuju. Maka seharusnya si wali memastikan betul-betul apa yang dimaksudkan oleh si anak dara tersebut.

Berlaku perbincangan dalam kalangan para ulama tentang anak dara dan janda. Mereka sepakat bahawa tidak boleh memaksa janda bernikah dengan mana-mana lelaki tanpa persetujuannya berdasarkan dalil-dalil, namun berkhilaf tentang boleh atau tidak seorang wali memaksa anak dara berkahwin dengan mana-mana lelaki.

Dikatakan bahawa mazhab al-Imam asy-Syafie dan mazhab al-Imam Ahmad bin Hanbal mengatakan bahawa BOLEH memaksa anak dara berkahwin dengan mana-mana lelaki atas kuasa wali mujbir.

Dalam hadith Nabi saw bersabda:

Janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, manakala anak dara diminta izin daripadanya. Dan keizinannya ialah diamnya.

HR Muslim dan Abu Daud

Dengan hadith ini, sesetengah ulama mengatakan jika janda berkuasa penuh ke atas dirinya, maka anaka dara sudah tentu walinya lebih berhak ke atas dirinya, lalu mereka mengatakan bahawa wali boleh memaksa anak dara mereka berkahwin dengan mana-mana lelaki. Maka ini kaedah pemahaman mereka tentang hadith ini.

Berbeza dengan mazhab yang mengatakan tak boleh paksa, mesti dengan redha, maka mereka mengatakan perkahwinan merupakan suatu perkara yg besar bagi seorang wanita. Semua aqad mesti berlaku dengan keredhaan. Kerana dengan perkahwinan akan membuatkan mereka menyerahkan diri mereka kepada seorang lelaki, mentaati seorang lelaki, bahkan menyerahkan kemaluan yang mereka jaga selama ini kepada seorang lelaki, maka bagaimana mungkin hal ini boleh dipaksa?

Kerana tasbit dalam hadith yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, bhwa terjadi kisah yang mana seorang wanita mengadu kpd Nabi ttg ayahnya mengahwinkan dia dengan cara yg tidak dipersetujuinya. Lalu Nabi cuba memujuknya, namun dia tetap x setuju dgn cara ayahnya itu. Lalu Nabi saw memberi pilihan, sama ada teruskan atau tinggalkan rumahtangga itu. Namun wanita itu mengatakan dia membenarkan ayahnya namun, aku nak agar ayah-ayah tahu bhw mereka tiada hak nak memaksa anak mereka. Antaranya al-Imam Abu Hanifah, al-Auzai'e dan lain-lain.

Maka, ana dara tidak boleh mengahwinkan dirinya tanpa wali dan wali tidak boleh memaksa anak dara mereka berkahwin tanpa izin daripada anak dara itu sendiri. :)

Maka sekian dahulu syarah hadith ini, ini shj yg mampu saya catatkan disini. Sekali lagi, ini bukan syarah sy sendiri, namun diambil manfaat daripada kuliah Dr. MAZA. Allahu a'Lam...

wassalam... :)

Tuesday, April 3, 2012

Kaedah Fiqh yang Mudah

assalamualaikum

Alhamdulillah kali ni ada jugak idea nak tulis pasal kaedah fiqh yang mana ia menjadi asas utama dalam kita bermuamalah seharian.

Kaedah tersebut ialah:

al-Aslu fil Ashyaa al-Ibahah hatta Yadulla 'ala Tahreem

Maksud: Asal sesuatu itu adalah harus sehingga ada dalil/pembuktian yang mengharamkannya.

Kaedah ini merupakan kaedah yang masyhur sehingga ia menjadi kaedah dalam jumhur fuqaha kecuali mazhab al-Imam Abu Hanifah rah. Ia menjadi asas bahawa apa sahaja perkara yg bukan perkara ibadah dalam dunia ini, maka bebas kita lakukan selagi mana tiada pengharaman daripada al-Quran dan sunnah Nabi saw.

Kita hidup di Malaysia yg majoriti penduduknya umat Islam, maka tidak syak lagi asal makanan dalam negara ini adalah halal melainkan memang kita jelas tahu bahawa dalam makanan itu ada sumber yg haram. Maka tidak timbul lagi isu, "Eh makanan ni halal ke x, halal x?" Kerana asal makanan itu halal sehingga ada benda yg menjadikan makanan itu haram.

Inilah kemudahan Islam yang digambarkan oleh Nabi saw. Sabda baginda:

Agama itu mudah. Tidak ada yang menyusahkan melainkan dia akan tewas. HR al-Bukhari

Dalam al-Quran, Allah swt berfirman yg bermaksud:

Dan sesungguhnya Allah telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. --- Surah al-An'aam ayat 119

Dalam hadith yg lain, baginda Nabi saw bersabda:

Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah dalam kitab-Nya maka ia adalah halal, apa saja yang diharamkan oleh Allah dalam kitab-Nya adalah haram, apa sahaja yang didiamkan oleh Allah tentang kedudukannya, maka terimalah dari Allah kemaafan-Nya,kerana sesungguhnya Allah tidak akan melupakan sesuatupun. Seterusnya baginda membaca firman Allah swt dlm surah Maryam ayat 64: Dan Tuhanmu tidak pernah lupa.

HR at-Tirmizi, Ibn Majah, al-Hakim dan al-Bazzar, dinilai hasan oleh Syaikh al-Albani

Maka dalil-dalil di atas membuktikan bahawa Islam meletakkan suatu kaedah mudah dalam kita meneruskan kehidupan. Hal ini kerana apa yg dilarang oleh Allah swt dan disuruh oleh Allah swt dlm kehidupan manusia tidak begitu banyak, bakinya semua harus utk dilakukan.

Dan kaedah ini boleh diaplikasikan dalam urusan jual beli, sewa, makanan, dan perkata lain asalkan ia bukan perkara ibadah khusus yg diajar oleh baginda Nabi saw.


Allahu a'lam.... Jika ada kesalahan dalam penulisan ini, maka silakan tegur saya secara terus, kerana teguran anda bermanfaat utk kaum Muslimeen.

Fakta ini telah disemak oleh abg saya, juga guru saya, Syaikh al-Ustaz Muhammad Asrie bin Sobri.

wassalam...:)

Sunday, March 11, 2012

Ujian Fitnah Itu Nikmat

assalamualaikum...

Kali ni tergerak hati nak tulis pasal ujian. Actually dah lama xde idea nk update blog, tapi atas beberapa 'inspirasi', subhanAllah, hehehehe, Allah beri kekuatan, moga Allah membimbing saya atas penulisan ini, insyaAllah.

Beberapa hari sebelum ini, guru saya ada membuat satu entry dalam laman web rasmi beliau tentang Mencari Hikmah Di Sebalik Duka dan Derita. SubhanAllah ia meupakan suatu kupasan yg amat menatik oleh beliau. Tetapi kali ini saya akan sedikit menyempitkan makna ujian (tajuk di atas) dengan makna fitnah.

Fitnah, merupakan satu perbuatan yang sangat buruk, dan dibenci dalam agama. Bahkan, manusia selalu mengkaitkan fitnah ini dengan maksud sesuatu perbuatan yang dikatakan lebih teruk daripada membunuh seperti yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 191:

Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; [dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan] dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.

Namun, ini bukanlah maksud fitnah yg cuba disampaikan oleh al-Quran. al-Quran tidak menyatakan fitnah itu seperti maksud yg difahami oleh masyarakat Melayu, iaitu menuduh orang lain melakukan sesuatu sedangkan orang itu tidak melakukannya.

Tetapi al-Quran apabila memaksudkan fitnah, ia bermaksud suatu ujian/ancaman/keadaan yang mengancam kedudukan agama Islam. al-Imam Ibnu Katheer menjelaskan, bahawa Imam Abul ‘Aliyah, Mujahid, Said bin Jubair, Ikrimah, Al Hasan, Qotadah, ad-Dhohak, dan Rabi’ ibn Anas mengartikan “fitnah” ini dengan makna “syirik”. Jadi jelas bahawa syirik itu lebih besar/dahsyat dosanya daripada pembunuhan.

Beberapa mufassir lain menafsirkan dengan berbagai makna yg lain seperti azab di akhirat kelak, usaha untuk menyebabkan orang Islam murtad, dan sebagainya. Namun, point saya disini, fitnah dalam al-Quran bukan bermaksud menuduh orang lain melakukan sesuatu sedangkan orang itu tidak melakukannya seperti yg biasa kita fahami.

Cuma memang tajuk saya kali ini merujuk kepada maksud fitnah yang biasa kita fahami iaitu menuduh orang lain bla bla bla... hehehehe....

Okayh, kenapa saya cakap ujian fitnah ini nikmat? Actually bukan saya yang cakap, namun itulah hakikatnya. Ujian fitnah yang ditimpakan ke atas kita merupakan suatu nikmat yang mana jika kita bersabar dengannya, maka Allah swt telah menjanjikan dengan khabar gembira.

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 155:

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dari harta benda, jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

Maka ini suatu nikmat yang telah Allah swt janjikan kpd mereka yang ditimpa dengan sedikit musibah.

Selain itu, terdapat satu hadith Nabi saw tentang masalah ini.

Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abi Iyas, telah menceritakan kepada kami Ibn Abi Dzib telah menceritakan kepada kami Sa'id al-Maqburi, daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw telah bersabda: Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain), seperti terhadap kehormatan dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tidak ada dinar dan dirham (Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya. HR al-Bukhari no.2269

SubhanAllah, jika kita terus dizalimi tanpa si pembuat fitnah datang meminta maaf, maka di akhirat kelak pahala si pembuat fitnah akan diambil dan diberi kepada kita dan dosa kita di tanggung olehnya. Maha Suci Allah yang Maha Adil.

Sebab itu saya katakan bahawa ujian Allah swt merupakan satu nikmat. Dalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda: Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya. Muttafaqun 'alaih.

Apabila ditimpa musibah, maka Allah jua menjanjikan dengan keampunan dosa sesuai dengan derita yang kita taggung itu. Maka boleh dikatakan orang2 yang diuji oleh Allah senantiasa, sangat beruntung.

Bahkan diakhirat kelak kita akan mengatakan: Segala puji bagi Allah, yang telah menghilangkan perasaan dukacita dari kami, sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang Yang taat); Tuhan Yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal dengan limpah kurniaNya semata-mata. Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu. surah -Fatir ayat 34 dan 35.

Maka saya akhiri tulisan ini dengan sebuah hadith:

Telah menceritakan kepada kamu Haddab bin Khalid al-Azdi dan Syaiban bin Farukhh, semuanya dari Sulaiman al-Mughirahdan teksnya meriwayatkan milik Syaiban, telah menceriatakan kepada kami Sulaiman telah menceritakan kepada kami dari Tsabit dari Abu Abdurrahman bin Abu Laila, dari Shuhaib berkata bahawa Nabi saw telah bersabda: Sungguh ajaib urusan seorang mukmin, setiap urusan mukmin adalah baik baginya, hal itu tidak dimiliki oleh siapapun, kecuali oleh seorang mukmin.
Apabila mendapat kesenangan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Apabila mendapat kesusahan dia bersabar, dan itu baik untuknya. HR Muslim no. 5318

Jadi, moga Allah letakkan kita dalam kalangan orang yang bersabar jika Dia menimpakan kita dengan musibah. Moga setiap musibah yang menimpa kita diganti oleh Allah dengan pahala dan sesuatu yang lebih baik darinya. Jika kita pernah menzalimi saudara kita yang lain, cepat2 lah mohon maaf (khasnya utk diri saya).

Jika ada tulisan saya yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar, mohon ditegur serta merta kerana teguran anda bermanfaat buat kaum Muslimeen yang lain.

wassalam... :)


Tuesday, August 23, 2011

Hadith Dhaif, Adakah Semuanya Boleh Diamalkan??? :)

assalamualaikum.... erm, ni adalah copy paste balik notes kat FB ke dalam blog aku... :D


Erm, kali ni macam nak tulis pasal hadith dhaif la kan. First, penulis bukan berasal daripada manusia yg belajar agama secara formal, cuma niat penulis adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang ilmu Allah ni. Penulis cuma nak cakap pasal ilmu mustalah al-hadith sedikit, yakni tentang penggunaan HADITH DHAIF.





Basically, hadith terbahagi kepada 4 bahagian. Hadith sahih, hadith hasan, hadith dhaif, hadith palsu. Namun kita akan fokus tentang hadith dhaif. Apa makna hadith dhaif? Hadith dhaif ialah hadith yang tidak memenuhi syarat hadith sahih. Apa syarat hadith sahih? Hadith sahih ialah hadith yang:





1) Bersambung sanadnya



2) Rawinya adil



3) Rawinya dhabit (hafazan/tulisan)



4) Tidak syadz (tidak bertembung hadith yg diriwayatkan oleh perawi tsiqah dengan perawi yg lebih tsiqah)



5) Tiada sebarang 'illah (kecacatan)





So hadith dhaif ialah hadith yg tak memenuhi 5 syarat di atas. Okay, ramai orang kata, "Alah, hadith dhaif kan boleh digunakan dalam fadhail a'mal (kelebihan beramal), galakkan dan untuk menakut-nakutkan (targheeb wa tarheeb)".





Benar, hadith dhaif memang boleh digunakan untuk 3 perkara di atas. Namun ia tidak semudah yang anda sangkakan. Terdapat khilaf ulama dalam penggunaan hadith dhaif ini namun adalah lebih baik kita fokuskan kepada keharusan beramal dengan hadith dhaif yang diberikan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al'Asqalani, seorang ulama bermazhab Syafie.







al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani memberikan syarat bahawa:



- hadith itu tidak TERLALU DHAIF (tak boleh guna hadith mungkar, matruk, dan sbg nya)



- isi hadith menepati kaedah2 umum dalam Islam (tak bercanggah dengan prinsip Islam), maksudnya hadith2 dhaif yg bercanggah dengan prinsip2 usul dalam Islam, makanya tak boleh dibuat sbg amalan



- ketika beramal dengannya, tidak beriktiqad bhw ia confirm keluar drpd lisan Nabi saw - maksudnya apabila anda mengamalkan hadith dhaif, makanya tidak boleh anda beranggapan bahawa ianya confirm disebut oleh Nabi saw, dan apabila anda hendak memberitahunya kepada orang lain, maka hendaklah dilafazkan dengan lafaz yang menunjukkan ia tidak confirm daripada Nabi saw





- HARUS DIINGAT bahawa hadith dhaif walaupun ringan mestilah memenuhi syarat2 yg lain iaitu asal amalan yg hendak dijadikan hadis dhaif sebagai targheeb atau tarheeb padanya mestilah tsabit dgn hadis sahih. Maksudnya disini, ia tidak bercanggah dengan hadith yang sahih dan amalan tersebut tidak boleh berdiri dengan sendiri dengan hanya hadith dhaif, namun ia mesti tsabit daripada hadith yang sahih dahulu yang mana hadith dhaif itu hanya sebagai tambahan sahaja kepada amalan itu. :)





Okay, ramai antara kita mengatakan macam saya kata di atas bahawa, "ouh hadith dhaif boleh diamalkan". Sedangkan tahukah anda bahawa hadith dhaif terbahagi kepada dhaif khafeef (dhaif yang ringan) dan dhaif jiddan (sangat dhaif).





Tak semua hadith dhaif boleh diamalkan, diulang, tak semua hadith dhaif boleh diamalkan, again, tak semua hadith dhaif boleh diamalkan.





Hanya hadith dhaif yang ringan sahaja yang boleh diamalkan yang mana perawinya tidak mempunya masalah dari segi 'adalah (keadilan). Maksudnya rawinya tidak dituduh sebgai pendusta, fasiq, ahli bida'ah dan tidak melakukan sesuatu yang boleh mencalarkan imej sebagai perawi hadith.





Bukan semua hadith yang dihukum dhaif, semuanya nak hentam bubuh boleh diamalkan. Makanya kalau nak beramal dengan hadith dhaif, sila pastikan dahulu ia dhaif dari segi apa. Dan apa nilaian ulama hadith tentang sesuatu hadith yang anda nak amalkan itu. Bukannya dapat satu hadith, terus sebarkan. Salah tu. :)





Allahu a'lam... Moga jika ada kesalahan dan kesilapan, sila tegur secara direct. Moga teguran anda bermanfaat untuk kaum Muslimeen yang lain. Sungguh kami manusia yang lemah yang dahagakan redha Allah. Moga Allah redha atas kami dan kamu... ^_^

Isi artikel ini telah disemak dan diluluskan oleh Fadhilatus Sheikh al-ustaz Muhammad Asrie bin Sobri, guru kami... :)

wassalam...