Tuesday, August 23, 2011

Hadith Dhaif, Adakah Semuanya Boleh Diamalkan??? :)

assalamualaikum.... erm, ni adalah copy paste balik notes kat FB ke dalam blog aku... :D


Erm, kali ni macam nak tulis pasal hadith dhaif la kan. First, penulis bukan berasal daripada manusia yg belajar agama secara formal, cuma niat penulis adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak tentang ilmu Allah ni. Penulis cuma nak cakap pasal ilmu mustalah al-hadith sedikit, yakni tentang penggunaan HADITH DHAIF.





Basically, hadith terbahagi kepada 4 bahagian. Hadith sahih, hadith hasan, hadith dhaif, hadith palsu. Namun kita akan fokus tentang hadith dhaif. Apa makna hadith dhaif? Hadith dhaif ialah hadith yang tidak memenuhi syarat hadith sahih. Apa syarat hadith sahih? Hadith sahih ialah hadith yang:





1) Bersambung sanadnya



2) Rawinya adil



3) Rawinya dhabit (hafazan/tulisan)



4) Tidak syadz (tidak bertembung hadith yg diriwayatkan oleh perawi tsiqah dengan perawi yg lebih tsiqah)



5) Tiada sebarang 'illah (kecacatan)





So hadith dhaif ialah hadith yg tak memenuhi 5 syarat di atas. Okay, ramai orang kata, "Alah, hadith dhaif kan boleh digunakan dalam fadhail a'mal (kelebihan beramal), galakkan dan untuk menakut-nakutkan (targheeb wa tarheeb)".





Benar, hadith dhaif memang boleh digunakan untuk 3 perkara di atas. Namun ia tidak semudah yang anda sangkakan. Terdapat khilaf ulama dalam penggunaan hadith dhaif ini namun adalah lebih baik kita fokuskan kepada keharusan beramal dengan hadith dhaif yang diberikan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al'Asqalani, seorang ulama bermazhab Syafie.







al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani memberikan syarat bahawa:



- hadith itu tidak TERLALU DHAIF (tak boleh guna hadith mungkar, matruk, dan sbg nya)



- isi hadith menepati kaedah2 umum dalam Islam (tak bercanggah dengan prinsip Islam), maksudnya hadith2 dhaif yg bercanggah dengan prinsip2 usul dalam Islam, makanya tak boleh dibuat sbg amalan



- ketika beramal dengannya, tidak beriktiqad bhw ia confirm keluar drpd lisan Nabi saw - maksudnya apabila anda mengamalkan hadith dhaif, makanya tidak boleh anda beranggapan bahawa ianya confirm disebut oleh Nabi saw, dan apabila anda hendak memberitahunya kepada orang lain, maka hendaklah dilafazkan dengan lafaz yang menunjukkan ia tidak confirm daripada Nabi saw





- HARUS DIINGAT bahawa hadith dhaif walaupun ringan mestilah memenuhi syarat2 yg lain iaitu asal amalan yg hendak dijadikan hadis dhaif sebagai targheeb atau tarheeb padanya mestilah tsabit dgn hadis sahih. Maksudnya disini, ia tidak bercanggah dengan hadith yang sahih dan amalan tersebut tidak boleh berdiri dengan sendiri dengan hanya hadith dhaif, namun ia mesti tsabit daripada hadith yang sahih dahulu yang mana hadith dhaif itu hanya sebagai tambahan sahaja kepada amalan itu. :)





Okay, ramai antara kita mengatakan macam saya kata di atas bahawa, "ouh hadith dhaif boleh diamalkan". Sedangkan tahukah anda bahawa hadith dhaif terbahagi kepada dhaif khafeef (dhaif yang ringan) dan dhaif jiddan (sangat dhaif).





Tak semua hadith dhaif boleh diamalkan, diulang, tak semua hadith dhaif boleh diamalkan, again, tak semua hadith dhaif boleh diamalkan.





Hanya hadith dhaif yang ringan sahaja yang boleh diamalkan yang mana perawinya tidak mempunya masalah dari segi 'adalah (keadilan). Maksudnya rawinya tidak dituduh sebgai pendusta, fasiq, ahli bida'ah dan tidak melakukan sesuatu yang boleh mencalarkan imej sebagai perawi hadith.





Bukan semua hadith yang dihukum dhaif, semuanya nak hentam bubuh boleh diamalkan. Makanya kalau nak beramal dengan hadith dhaif, sila pastikan dahulu ia dhaif dari segi apa. Dan apa nilaian ulama hadith tentang sesuatu hadith yang anda nak amalkan itu. Bukannya dapat satu hadith, terus sebarkan. Salah tu. :)





Allahu a'lam... Moga jika ada kesalahan dan kesilapan, sila tegur secara direct. Moga teguran anda bermanfaat untuk kaum Muslimeen yang lain. Sungguh kami manusia yang lemah yang dahagakan redha Allah. Moga Allah redha atas kami dan kamu... ^_^

Isi artikel ini telah disemak dan diluluskan oleh Fadhilatus Sheikh al-ustaz Muhammad Asrie bin Sobri, guru kami... :)

wassalam...

Wednesday, July 6, 2011

Xdak Tajuk... =P

assalamualaikum.. Wuwuwuwuw kali ni apa aku nak merepek pun tatau. Huhuhu... Xde la, cuma kadang2 realiti kehidupan seorang manusia atau pelajar di donia neh, xleh terlepas dari beberapa perkara.

Cuma kali ni nak difokuskan tentang suatu perkara. Sikap pelajar di menara gading gajah dalam berpakaian. Tak kira la lelaki ke perempuan. Erm....

Kadang2 bila dekat kampus atau luar kampus, kita tengok ada ramai je lelaki atau pompuan yg x tutup aurah depa. Erm, tp lelaki dalam kampus of course kena pakai suar panjang. Hehehehe... Kadang2, sbg naluri seorang Muslim, terdetik juga nak mengata kat depa, reti ka pakai tudung, or xreti ka pakai baju longgar sikit.

Namun teringat kata-kata Dr Asri yang selalu dia sebut, "Belum tentu orang yg kita nampak di dunia ini selalu buat maksiat, atau hidupnya penuh dengan maksiat, namun akhirat nanti dia masuk neraka, kerana kita tak tahu apa nilaian Allah pada dirinya. Mungkin dia yg kita sangka seorang ahli maksiat di dunia, tapi masuk syurga laaaaaagi awal drpd kita ni."

So perkara cam ni menyebabkan kita sedar saat tuh juga bila tengok org mcm tuh, cepat2 hati tedetik berkata, "Ish, ntah2 dia masuk syurga dulu daripada aku."

Dr Asri selalu pesan, jangan ambek kerja Allah utk jadi tukang hukum orang. Kita x tau mungkin di dunia dia ahli maksiat, tapi 2-3 minit lg nak mati, dia bertaubat, Allah ampun kan dia dan dia masuk syurga. Erm....

So perkara cm ni buat kita sedar dan sedar betapa pentingnya sikap untuk kita jangan terlalu cepat menilai orang tuh. Hahahaha okay dah cukup sesi merepek aku. Erm, moga ada manfaatnya disisi para pembaca. Kalau x betul pape isi blog nih, silakan tegur sebabteguran anda bermnafaat utk pembaca yang lain. ^___^

wassalam...

Sunday, June 19, 2011

I S T I Q A M A H

assalamualaikum.... heh!!!malam ni terasa nak tulis blog... sbnrnya ni copy paste notes aku dlm fb, masukkan balik dlm blog ja.... tajuknya I S T I Q A M A H.... huhuhuhuhu... jadi, cakap manyak xmo, selamat membaca~~~

Firman Allah swt dalam surah al-Fussilat ayat 30 :





إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُواْ تَتَنَزَّلُ عَلَيۡهِمُ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕڪَةُ أَلَّا تَخَافُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَبۡشِرُواْ بِٱلۡجَنَّةِ ٱلَّتِى كُنتُمۡ تُوعَدُونَ٠





Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu





Firman Allah swt dalam surah al-Ahqaaf ayat 13:





إِنَّ ٱلَّذِينَ قَالُواْ رَبُّنَا ٱللَّهُ ثُمَّ ٱسۡتَقَـٰمُواْ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡهِمۡ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ





Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul (dengan pengakuan iman dan tauhidnya itu), maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.





Dalam kedua-dua ayat di atas, Allah swt telah menegaskan bahawa teras istiqamah amatlah penting dalam pelaksanaan sesuatu ibadah. Sebagai ganjaran, Allah swt mengatakan bahawa orang yang beristiqamah tidak akan rasa bimbang dan dan tidak pula akan berdukacita di hari akhirat kelak bagi mereka yang tetap teguh dalam beristiqamah dalam ketaqwaan.



Berapa ramai umat pada hari ini mudah untuk mengatakan bahawa Tuhan mereka adalah Allah, tapi berapa ramai yang betul-betul teguh beristiqamah dalam pelaksanaan ibadah. Istiqamah tidak semestinya terbatas kepada sentiasa melakukan perkara kebajikan secara tetap sahaja, namun istiqamah boleh juga bermaksud menahan diri secara tetap daripada melakukan perkara yang dilarang dalam agama.



Dalam sebuah hadith



Dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan: Aku telah berkata kepada Rasulullah saw: Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau. Jawab Rasulullah saw: ‘Katakanlah: Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah.--- HR Imam Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmizi, Ibn Majah dan an-Nasai'e dengan sanad yang SAHIH ---





al-Qadhi 'Iyadh dalam mensyarahkan hadith ini, dia mengatakan bahawa hadith ini sangat ringkas dan padat jika dilihat dari sudut nasihatnya oleh Nabi saw kepada Sufyan. Orang-orang yang berkata Tuhan kami adalah Allah, kemudian beristiqamah dengan nilai tauhid dan aqidah yang mantap (yakni tidak berpaling) seterusnya kekal beriltizam dalam ketaqwaan sehingga maut menjemput mereka. --- kitab Syarh Sahih Muslim juzuk 2 kitab Iman oleh Imam an-Nawawi (Imam Hadith yg besar dalam mazhab asy-Syafie)





Jadi, nampak tak? (Ecey tanya soalan plak) Betapa besar dan tingginya nilai istiqamah dalam Islam nih. Sebenarnya atas dasar iman dan taqwa yang menggunung kepada Allah Rabbul 'Aalameen, istiqamah amat mudah sekali dipikul dengan perasaan gembira. Walaupun pada hakikatnya nampak berat, namun jika kita tahu di situlah redha Allah, tanpa ragu-ragu kita akan memikulnya dengan senang hati.





Sahabat-sahabat sekalian, saya dengan rasa hina diri dan rendah hati nak ajak diri saya sendiri, dan sahabat-sahabat, marilah sama2 kita tingkatkan ketaqwaan, dan seterusnya tetap teguh untuk beristiqamah dalam ketaatan. Yakinlah bahawa dengan redha Allah, istiqamah sangat mudah dipikul kerana apa yang lebih bernilai kita hidup di muka bumi Allah ini melainkan redha Allah semata-mata



Sahabat-sahabat, sekian dahulu BLOG saya. Saya hanya manusia yang terdedah dengan kesalahan dan kesilapan. Moga jika ada salah, boleh terus tegur. Sama-sama berkongsi ilmu untuk manfaat kaum Muslimeen.



--- ALLAH JUALAH YANG MAHA MENGETAHUI ---

^_^

Sunday, February 6, 2011

Bagaimana Sirah dan Sunnah Nabi saw dan Para Sahabah r.hum Mengajar Kita Hidup Bersyariat

assalamualaikum.... alhamdulillah ada gak idea. Okay, baru2 nih aku ada pi kuliah seorang ustaz yang bagi aku, sangat muda, tapi kadar ilmunya sangat banyak kalau nak dibandingkan dengan umurnya.

Namanya Ustaz Salman Ali. Dia menggantikan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang ada urusan tertentu. So dia kata dia xmau sambung kuliah hadith yang Dr. Asri buat sebelum nih, tapi dia nak bercerita tentang kisah para sahabaah r.hum bersama dengan Nabi saw.

So, aku bukan nak cakap pasal keseluruhan isi kuliah tuh. Cuma aku nak kongsi macam mana sunnah Nabi saw dan para sahabah r.hum mengajar kita dalam kehidupan seharian kita. Aku akan bagi beberapa contoh supaya nampak lebih jelas.


1. Cara Kempimpinan

Di dalam sejarah Islam, antara tokoh pemimpin yang adil dalam pemerintahannya selain daripada Nabi saw sendiri adalah Ameerul Mukmineen Umar al-Khattab r.a (marah puak2 Syiah baca blog aku). Kalau dibukak lembaran sejarah dahulu kita akan melihat bagaimana Umar r.a memimpin dengan adil. Kepimpinannya bercorakkan taqwa kepada Allah. Dengan taqwa, dia dapat menakluk empayar Rom dan Parsi.

Ramai rakyat yang takut kepada Umar kerana ketegasannya dalam memerintah empayar Islam. Namun sifat zuhud dan taqwa tetap menebal dalam dirinya. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Allah, Umar segera tunduk dan patuh. See? Sirah mengajar kita bagaimana memimpin berteraskan al-Quran dan Sunnah.

2. Cara Makan

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim (sahih), Nabi saw bersabda:

Wahai ghulam (anak) sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang ada di depanmu.

Dalam hadith yang lain, juga diriwayatkan oleh Imam Muslim (sahih), Nabi saw bersabda:

Jika jatuh suapan (makanan) dari salah seorang diantara kalian, maka hilangkanlah kotoran yang terdapat padanya kemudian makan.

Again, sirah dan sunnah mengajar kita bagaimana erti adab dalam kehidupan seorang Muslim. Indahnya Islam yang menjaga maslahah ummahnya hatta dalam perkara yang kecil termasuk makan dan minum.

3. Berani Mempertahankan Agama

Sikap ini dapat dilihat bagaiman Nabi saw dan para sahabah r.hum berperang tanpa rasa takut di medan perang agar kalimah Allah terus teguh dibumi ini.

Mereka berperang mempertahankan agama Allah sehingga putus tangan, putus jari, dipanah, mati dalam keadaan mengerikan(syahid), hatta Nabi saw sendiri patah gigi, luka dahinya, namun mereka tetap bertahan hingga titisan darah yang terakhir.

Jika dinilai kembali, apakah sumbangan kita pada hari ini untuk mempertahankan Islam?? Sekadar renungan bersama.

4. Adil Setiap Masa Hatta Kepada Non-Muslim

Hal ini dapat dilihat melalui sikap Abu Ubaidah al-Jarrah, seorang sahabat Nabi saw yang sangat hebat.

Suatu hari dia berurusan dengan Yahudi, lalu dia berkata: Demi Allah, kalian lebih aku benci daripada kera dan khinzir. Namun itu tidak mengahalang untuk aku adil terhadap kalian. Hal ini kerana Allah swt telah berfirman dalam surah al-Maaidah ayat 8 yang bermaksud; Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah swt, ketika menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum menghalang untuk kamu berlaku adil. Adillah kerana adil itu lebih dekat dengan taqwa. Bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Teliti tentang apa yang kamu kerjakan.

Indahnya akhlak para sahabah r.hum dibawah bimbingan Nabi saw. Mereka tidak takut kepada sesiapa melainkan Allah swt.


Jadi, aku rasa, stakat tu jela yang mampu aku coretkan(ecey). Hehehehe, sebenarnya banyak lagi. Apa yang ingin aku tegaskan kat sini, bacalah dan hayatilah serta kenanglah perjuangan dan kisah Nabi saw dan para sahabah r.hum agar kita menjadi lebih semangat seperti mereka.

Sesungguhnya kisah hidup mereka semua menjadi bimbingan kepada kita bagaimana kita ingin membentuk diri kita menjadi Mukmin dan Muttaqin.

wallahu a'lam...

If ada apa2 yang nak komen, komplen, silakan...
Aku manusia yang lemah serta perlukan bimbingan.
Moga blog nih ada manfaatnya buat para pembaca.

wassalamualaikum.... ^_^

Monday, January 24, 2011

Fastabiqul Khairat...

assalamualaikum.....

alhamdulillah, di keheningan malam ni, ade gak tajuk nk post. keh3... Ok2, kali ni nak cakap pasai FASTABIQUL KHAIRAT. Kalimah ni selalu kita dengar, xkira la dalam usrah ka, dalam ceramah ka, dalam tazkirah ka, yang penting, kalimah 2 memang x asing bagi kita. So, apa maksud fastabiqul khairat?? Maksudnya ialah "berlumba-lumbalah kepada melakukan kebajikan".

Firman Allah sw dalam surah al-Baqarah ayat 148 : Maka berlumba-lumbalah kamu kepada melakukan kebajikan.

So, ingin saya tegur diri saya dan sahabat pembaca sekalian, agar tidak melepaskan apa sahaja peluang kebajikan atau pintu kebaikan yang ada di depan mata kita. Kita selalu menangguhkan utk melakukan setiap perkara baik. Bagi diorang, nanti2 jela buat benda baik tuh (tak semua, tp biasanya). Sebenanrnya benda baik yang ada depan mata x selalu ada.

Kita x tahu bilakah tarikh kematian kita. pada bila2 masa ja kita boleh dipanggil oleh Allah swt. Sesuai dengan firman Allah swt dalam surah al-Anbiyaa' ayat 34 dan 35.

“Dan Kami tidak menjadikan seseorang manusia sebelummu dapat hidup kekal (di dunia ini). Maka kalau engkau meninggal dunia (wahai Muhammad), adakah mereka akan hidup selama-lamanya? Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.”

Dalam surah al-Munaafiqun ayat 11 pula, Allah swt telah berfirman : Dan Allah swt tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti tentang apa yang kamu kerjakan.

Okok, jadi kita x tahu bila kita nak mati, so sebelum kita mati, n peluang untuk buat baik ada depan mata. Marilah sama-sama kita rebut. Bukan susah nak buat baik, dan bukan pula susah nk buat dosa. Pilih la jalan anda.

Kalau hati anda penuh dgn sinar keimanan, mesti anda pilih jalan yang mengarah kepada kebajikan. Kalau sebaliknya, anda jawablah dalam hati anda. Hehehe....

Sebagai contoh, kalau rakan atau sahabat anda ajak pergi majlis ilmu, n kebetulan anda memang xdak keja apa2, apa salahnya luangkan masa sejam atau dua jam untuk bekalan di hari "depan" nanti.

Contoh lain, kalau ada tabung derma depan mata, tanpa fikir banyak, seluk lah poket anda, amek la duit yang ada, masukkan sahaja dalam tabung tuh. Itulah infaq kita di jalan Allah. kan?? Lepas dah derma tuh, tak payahla kenang2 duit yang dah didermakan, sebab yakinlah Allah swt akan menggantikan nilai duit kita tuh dengan sesuatu yang tidak disangka-sangka.

Ecey, dah kelaut dah ni. Tapi xpa, ini sebagai contoh sahaja. Banyak lagi contoh lain yang boleh dibuat teladan. Moralnya, jangan la tangguh nak buat benda baik. Ok??

FASTABIQUL KHAIRAT...
wassalamun alaikum.... =D


Friday, January 14, 2011

Perempuan Bertudung vs Perempuan Tak Bertudung

assalamualaikum...

Alhamdulillah, ada gak kelapangan nak tulis blog... kekekeke.... Okayy, selalu kita dengar orang cakap, perempuan bertudung nih tak semua nya baik, dan perempuan tak bertudung bukan semua nya tak baik.

Erm sebelum tuh, nak bagitahu, ni just pandangan peribadi saya. Oke??? Kalau pembaca ada benda yang x setuju, silakan beri pendangan. Saya akan terima dengan hati yang terbuka dan boleh dibincang bersama.

Ok, secara umumnya kita semua tahu, MANUSIA TAK SEMPURNA. Baik ustaz, baik ustazah, baik bertudung atau x, baik mufti, baik ulama', baik sapa2 sahaja, semua tidak maksum. So, kalau nak dikira dari statement nih, x timbul la isu perempuan bertudung atau tidak, baik atau jahat. Kan?? Sebab semua sedia maklum atas perkara nih. (mula bersastera, kekeke)

CUMA, pada adat kebiasaannya, bila seorang perempuan tuh bertudung, dia akan dipandang dengan harapan bahawa dia tidak akan membuat suatu perkara yang boleh menjatuhkan imej tudung die tuh. Am I rite?? Ecey, speaking.

Dan adat kebiasaan perempuan tak bertudung pula sama ja dengan bertudung, cuma dari segi keagamaannya, diorang akan kekok sikit lah. Kan?? Again, ini cuma pandangan, tak setuju xpa.

Okay, firman Allah dalam surah an-Nur ayat 31 :

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

Ayat nih konpom2 suruh orang perempuan tutup aurat termasuklah pakai tudung. Dari satu segi, memang orang pakai tudung nih taat perintah Allah, dan orang x pakai tudung x taat perintah Allah dalam konteks aurat nih.

TAPI, adakah orang yang pakai tudung tuh benar-benar pakai tudung mengikut tnjuk ajar al-Quran??

Firman Allah swt dalam surah al-Ahzaab ayat 59 :

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Dalam ayat kat atas, Allah menyifatkan bahawa orang yang pakai tudung adalah salah satu tanda mereka dalam kalangan orang-orang yang baik. Maksud saya, pakai tudung dengan cara melabuhkannya. (Yang nih orang yang pakai tudung tu muhasabah balik ea)

Oh ya, saya bukan nk kondem orang yang pakai tudung. Hehehe... Ada tudung zaman sekarang nih bermacam-macam fesyen. Cantik... Hehehe... Okay, balik pada topik. So, saya memang x nafikan bahawa MOSTLY perempuan yang bertudung nih semua baik, solehah, namun macam saya cakap td, manusia xdak yang sempurna. Mungkin dari segi pakainnya elok, tapi dari segi percakapannya kurang kemas, mungkin dari segi pakaiannya elok, cakapnya kemas, tapi dari segi amalan lain ada cacatnya. So, itu lumrah kita sebagai manusia. Apa yang penting kita seharusnya mencuba untuk membaiki diri kita.

Okayy, kita pergi pulak kat orang yang tak pakai tudung. Diorang nih semua jahat ea?? Dari satu sudut, iya, diorang xpatuh/x taat/derhaka pada Allah swt. Tapi takkanlah xde nilai2 Muslimah yang lain pada diorang?? Takkan lah kalau diorang x pakai tudung, sedeqah diorang x diterima, amalan kebajikan lain diorang x diterima?? Itukan semua kerja Allah swt yang nak terima.

Saya bawakan hadith yang masyhur yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dengan sanad yang SAHIH, Nabi saw bersabda :

Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu”

See?? Pelacur pun Allah ampunkan dia, atas kebajikan yang dia buat, atas sifat-sifat keinsanan yang ada dalam dirinya yang Allah suka. So, disini, kalau boleh, janganlah mudah menghukum orang itu secara TOTAL dengan pakainnya sahaja. Selagi mana dia tidak menzahirkan apa keburukan yang ada padanya selain pakainnya tu, cukuplah sekadar kita hukum apa yang kita nampak. Kn??

Tak perlulah kita hukum diorang seolah-olah Islam nih agama yang ekslusif untuk orang yang bertudung je. Namun begitu, di kesempatan yang ada nih, saya nak ajak para pembaca blog nih, rakan-rakan FB saya, yang mana yang xtutup aurat dalam FB ke, kat luar umah ke, tutupla aurat korang. Tunjuk jela kat suami korang je. Oke???

Again, ini cuma pandangan saya. Mohon jasa baik pembaca agar komen atau beri pandangan juga jika berbeza dengan saya. Jadi, saya rasa setakat ni dulula saya berkarya(ecey).

Moga ada manfaat isi blog nih. Wallahu a'lam...

_Setiap kata diterima dan ditolak melainkan kata Nabi saw -
- ISLAM AGAMA RAHMAT -

Tuesday, January 4, 2011

Jangan Sombong

assalamualaikum.....

Erm, kali nih terdetik nak tulis pasal sombong. Tapi bila dikenang balik, ada benda dalam kehidupan seharian kita nih, ada nilai-nilai kesombongan dalam diri kita. Tak semestinya sombong itu hanya dengan berjalan mendabik dada sahaja. Tetapi sombong itu juga boleh jadi rasa dirinya sahaja betul dalam sesuatu masalah, tanpa menghiraukan pendapat atau idea daripada pihak lain.



Firman Allah swt dalam surah Luqman ayat 18 :

Dan janganlah kamu memalingkan wajah (daripada manusia) kerana sombong dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sungguh Allah swt tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan orang yang membanggakan diri.


Kalau dilihat daripada firman Allah swt diatas, kita dapat lihat bahawa antara larangan Allah swt ialah memalingkan wajah kita daripada manusia lain kerana berasa kita lebih hebat daripada yang lain.


Selain itu juga, Allah melarang kita berjalan di atas muka bumiNya ini dengan sombong. Tidak kiralah sombong dengan harta kekayaan yang kita miliki, sombong dengan ilmu yang Allah kurniakan kepada kita, sombong dengan keturunan kita yang mungkin dianggap mulia oleh masyarakat.


Apa yang disuruh oleh Islam ialah berbuat baik. Firman Allah swt dalam surah al-Qasas ayat 77 yang bermaksud : Buat baiklah seperti mana Allah berbuat baik kepada kamu.


Masya Allah, kalau di analisis kembali, betapa baiknya Allah swt terhadap kita. Dengan sifatnya yang Maha Pemurah, dengan sifatnya yang Maha Penyayang, kita diberi nikmat yang berbagai, yang mana firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 34 yang bermaksud : Jika dihitung nikmat Allah swt kepada kamu, maka nescaya tidak terhitung banyakknya.


Sebagai contoh, lihatlah apa yang ada depan mata anda sekarang, laptop/komputer, ini merupakan salah satu nikmat Allah swt yang wajib disyukuri. Kita dapat segala kekayaan, ilmu, harta benda, pangkat dan apa sahaja yang kita rasa menjadi milik kita sekarang ini bukanlah disebabkan oleh solat kita yang banyak, bukanlah disebabkan oleh ilmu kita, bukanlah sebab kekayaan kita, namun KURNIA ALLAH SEMATA-MATA KEPADA KITA.


Sejauh manakah kesombongan kita itu boleh membawa kita ya aiyyuhal Muslimun?? (peringatan ini juga untuk diri saya). Allah swt telah berfirman dalam surah al-Qasas lagi ayat 83 : Negeri akhirat itu kami jadikan untuk orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan (kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang bertakwa.


Sebagai tambahan, mari kita renungkan hadith Nabi saw yang diriwayatkan daripada Harithah bin Wahab bahawa Nabi saw pernah bersabda : Mahukah kamu aku khabarkan sikap penghuni neraka?? Mereka itulah orang yang berperangai kasar, mendabik dada saat berjalan kerana sombong.

HR Bukhari dan Muslim - SAHIH


Dalam sebuah hadith yang lain riwayat Imam Muslim dengan sanad yang SAHIH, Nabi saw pernah bersabda bahawa : Tidak akan masuk syurga diri seseorang itu jika dalam hatinya ada seberat biji sawi dari kesombongan. Jadi seorang sahabat bertanya, apakah dengan memakai pekaian cantik dan selipar yang elok itu dikira sombong? Maka Nabi saw bersabda : Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.


Jadi berdasarkan dalil-dalil al-Quran dan hadith Nabi saw yang sahih diatas, jelas sekali bahawa Islam sangat melarang ummatnya berlaku sombong sesama manusia. Hal ini demi mengelakkan perpecahan yang mungkin berlaku yang mana akan menguntungkan musuh Islam.


So, setakat ni dululah coretan saya. If ada apa2 yang salah dan silap, mohon ditegur sebab saya hanyalah insan yang dhaif.

Wallahu a'lam... =D

Monday, January 3, 2011

Hati-hati Dengan Hadith

assalamualaikum.....

Yeahhh!!! Malam2 gini alhamdulillah aq dapat gak idea nk tulis blog. Hoyeh2..... kekekekek.....
okok, kali ni nk cerita pasal HATI-HATI DENGAN HADITH. Perghh dengo tajuk mcm sesat je post nih... hahaha... nanti2, baca dlu bagi habis.... yang penting, aq BUKAN ANTI-HADITH. hehehehehehe......




okok2, seyes2.... Nape aq suruh hati2 dengan hadith?? Sedangkan kita semua dah maklum bahawa hadith merupakan sumber hukum selepas al-Quran. Ok, macam ni, maksud aq hati -hati dengan hadith ialah hati-hati dalam menyampaikan hadith dan hati-hati menerima hadith daripada seseorang sehingga diketahui darjat atau status hadith tersebut sebab ramai diantara kita apabila dengar suatu perkhabaran itu datang dari Rasulullah saw, dengan niat yang baik, terus dia sebarkan.


Kalu kita confirm hadith itu sahih atau hasan xpe, masalahnya kalau kita x tahu tentang sanad hadith, dikhuatiri kita akan meriwayatkan hadith-hadith yang tidak sahih.

Sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadith yang SAHIH lagi MUTAWATIR :



Sesungguhnya bohong atas nama aku tidak sama dengan bohong atas nama orang lain. Barangsiapa bohong atas nama aku, maka siap tempat duduknya didalam neraka.


HR Bukhari dan Muslim dan lainnya.


Ulama' hadith amat keras dalam masalah ini. Mereka menganngap bohong atas nama Nabi saw adalah sesuatu perkara yang amat serius sehinggakan Ibn Hibban yang terkenal dengan kitab Sahih Ibn Hibban itu telah menulis satu bab yakni Bab Wajib Masuk Neraka Bagi Orang Yang Meriawayatkan Hadith Tanpa Tahu Sanadnya.



Kalau dilihat sekarang nih, alhamdulillah ramai manusia dah sedar akan kepentingan berdakwah dengan menggunakan internet seperti yang digesa oleh Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya yang terbaru yakni Fiqh Jihad. Namun begitu, kadang-kadang mereka meng"post" atau menulis tentang sesuatu hadith yang mana hadith-hadith tersebut tidak diiktiraf kesahihannya oleh ulama hadith. Ini sangat berbahaya.


Seeloknya apabila kita ingin melihat kesahihannya sesuatu hadith kepada yang BUKAN AHLI DALAM BIDANG HADITH, rujuklah mana2 guru atau ustaz yang pakar dalam Ulum Hadith.


Nabi saw telah bersabda dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanad yang SAHIH :


Akan datang pada akhir zaman, dajjal dan pendusta, yang akan membawa kepada kamu hadith yanag mana ibu bapa kamu tidak pernah dengar, berwaspadalah dengan mereka dan jangan sampai mereka itu menyesatkan kamudan memfitnah agama kamu.


HR Imam Muslim


Jadi kat sini Nabi saw dah bagi amaran siap2 tentang dajjal dan pendusta yang kan mnyebarkan hadith palsu dalam kalangan umat manusia zaman ini.



Jadi, saya menyeru kepada diri saya agar apabila ingin menyebarkan sesuatu hadith, pastikan kita tahu status kesahihan hadith tersebut kerana bimbang tergolong dalam golongan orang-orang yang mendustakan Nabi saw.



Saya ingin memetik kata-kata Abdullah Ibn Mas'ud r.a dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam ad-Darimi dalam sunannya dengan sanad yang SAHIH, "Ramai orang yang ingin berbuat baik, namun tidak sampai apa yang mereka inginkan itu".
Maksudnya disini ialah ramai orang niat mereka baik, tetapi cara mereka adalah salah dan mukhalafah (menyanggahi) sunnah.


Firman Allah swt dalam surah al-Israa' ayat 36 :


Dan janganlah kamu berbuat sesuatu yang kamu tidak ketahui, kerana pendengaran, penglihatan dan jantung hati kamu akan disoal.


Jadi, sekian dahulu post saya untuk kali ini. Mohon jika ada apa-apa yang salah, harap ditegur. Saya juga bukanlah ahli dalam bidang agama. Cuma kesedaran untuk menyampaikan dengan kadar ilmu yang cetek sahaja. Sebab saya manusia biasa yang sentiasa terdedah dengan kesilapan dan kesalahan.


Wallahu a'lam...