Monday, November 22, 2010

Fiqh Engineering

assalamualaikum...

Hari ni teringat nk cakap pasal engineering, yakni bidang yg aq amek kat universiti aq..... Pa menda fiqh engineering nih?? Apa aq dok merepek nih?? wakakakaka....


Setiap menda yg kita buat, mesti ada fiqhnya... Xsemestinya dalam ibadah saja yg ada ada fiqh... Setiap perbuatan kita ada fiqh tertentu. Cuma kali nih aq spesifikan terhadap engineering....


Kalau kita dh jadi engineer (ameen, insyaAllah), ada beberapa benda yg patut kita perhatikan. InsyaAllah, aq akan cuba kupas sket2 beberapa perkara dlm masalah ni...



1.Mengutamakan Islam dalam semua hal

Aq bagi contoh, katekan korang nih Civil engineer, then korg disuruh buat bangunan masjid dan kelab malam (contoh paling simple). Harga untuk projek masjid katekan RM 600,000 dan harge projek kelab malam katekan RM 1.6 juta. Yg mane yang korang pilih?? Dalam masalah ni, aulawiyyat nya (keutamaan) ialah projek masjid walaupun hargaanya kecil berbanding kelab malam. Hal ini kerana korang membina masjid, untuk membantu masyarakat Muslim mendirikan solat jemaah, Dan kamu akan diberi pahala atas setiap amal jariah kamu.
Mafhum hadith Nabi yang SAHIH bahawa 3 perkara yang akan ikut seorang hamba ke kubur ialah sedeqah amal jariah, doa anak yang soleh, dan ilmu yang bermanfaat. Korang buat masjid 2 kan dikira amal jariah. Lagipun kan Allah swt berfirman dalam surah al-Maaidah ayat 2 :
"dan bertolong-tolonglah kamu kearah kebaikan"
Okay, kalo katekan kamu pilih nak terima projek kelab malam. Seolah-olah kamu pilih nak menyokong pusat maksiat. Kamu sendiri tahu hakikat benda 2 kan?? Sedangkan Allah swt berfirman dalam surah al-Maaidah ayat 2, smbungan kpd ayat td,
" dan janganlah kamu bertolong-tolongan kearah keburukan dan perkara dosa"
Clear??? hehehehe....



2. Rasuah
Aq buat situasi, kita sebagai engineer, then kita dah luluskan sesuatu projek la katekan. Ir. la katekan... Hehehehe.... Xpe, then after kita luluskan sesuatu projek, then pihak yang kita luluskan tuh nak bagi hamper kat kita atas nama penghargaan kat kita. Apa hukumnya kita terima hamper tuh?? Hukumnya hamper tuh adalah RASUAH kat kita. Haram kita memakan makanan yang ada di dalam hamper tuh. al-Imam al-Mawardi menegaskan bahawa "rasuah ialah apa yang diberikan kerana menuntut sesuatu, manakala hadiah diberikan tanpa mengharapkaan balasan". Kita boleh fikir secara logik bahawa, kalau lah kita x luluskan projek tuh td, adakah pihak tu akan bagi hamper kat kita?? Sudah tentu tidak bukan?? So, apabila dia memberikan hamper tuh, semestinya dia mengharapkan bahawa pada masa yg akan datang kita akan meluluskan projek yang lain pula.

Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat 188 :

"dan janganlah kamu makan (mengambil harta) antara kamu dengan cara yang batil, dan janganlah pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan cara dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)".
Dalam sebuah hadith pula Nabi saw bersabda :
Allah swt melaknat pemberi rasuah dan penerimanya.
(HR Imam Ibn Majah dan at-Tirmizi dan Sheikh al-Albani menilainya SAHIH)



3. Tak mengabaikan suruhan Allah dalam berkerjaya
Kalo korang dah jadi engineer sok, jangan lupa sujud pada Allah. Kalo x kerana Dia izinkan kamu pilih bidang kejuruteraan nih, kamu x kan jad punye engineer. So, apa-apa pun kerja engineering kamu nk buat, fikir dlu, "Aku buat nih, salah x disisi Islam??" Oke?? Sebab kita nak cari rezeki yg HALAL dan BAIK. Kita nakkan keberkatan dalam kerja kita. Syukurlah pada Allah kalau kamu dapat apa2 projek yg bermanfaat. Pilih la projek yang bermanfaat untuk kaum Muslimeen.
Dah jadi engineer, or jadi Cheif Engineer, ajak anak-anak buah kamu solat bila masuk waktu, Sebab diorang dibawah pimpinan kamu. Dalam sebuah hadith yang SAHIH, Nabi saw bersabda : Setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan ditanya tentang kepimpinan kamu. So, jangan sekali-kali lupakan Allah. Kelak kamu akan dilupakan.



wallahu a'lam.. Aku rsa stakat 2 dlu aq merepek, ada pape silakan komen, sbb aq manusia, lemah, dhaif, dan perlukan teguran...
selamat beramal!!!!!
wassalamun alaik....

Friday, November 19, 2010

Antara Amar Makruf Nahi Munkar dan Mengaibkan Insan

assalamualaikum.....

huhuhuhuhu, lama kn aq x tulis blog neh?? kali nk terdetik di dalam hati kecik aq neh, nk merapu pasal konsep amar makruf nahi munkar serta mengaibkan insan... blog nih aq tulis bukan ade kaitan dgn sapa2... juz cuma terdetik di hati aq nak tulis... alhamdulillah, Allah masih beri kekuatan...
Dalam al-Quran, dalam hadith, terlalu banyak disebut tentang amar makruf dan nahi munkar ini... Sebagai contoh, firman Allah swt dalam surah ali-Imran ayat 110 :
Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kerana kamu menyuruh kepada berbuat makruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah swt.....
Ayat ni adalah salah satu daripada beberapa ayat al-Quran yang menyuruh kiat berbuat baik dan mencegah kerosakan yang berlaku di hadapan mata kita. Sekarang aq bawak hadith Nabi saw tentang hal yang sedang kita bincang nih...
Daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a bahawa Nabi saw bersabda : Barangsiapa yang melihat diantara kamu kemungkaran, hendaklah dia cegah dengan tangannya, maka jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia cegah dengan lisannya, maka jika dia tidak mampu maka hendaklah dia cegah dengan hatinya. Maka itulah selemah-lemah iman.
HR Imam Muslim dengan sanad yang SAHIH
Thus, dalam hadith ni Nabi saw bersabda agar kita mencegah kemungkaran yang KITA NAMPAK SAHAJA. Kita tidak boleh mencari kemungkaran yang dilakukan oleh insan lain kerana itu dikira mencari aib orang itu.
Dalam kes yang lain, apabila ingin menegur para pembesar, atau pemimpin, atau pemerintah, maka Nabi saw ada bersabda : Sesiapa yang ingin menasihati pemerintah, maka jangalah ia berterang-terangan, bersendirianlah dengannya, dan peganglah tangannya, jika dia terima maka itu baik, jika tidak, maka kita telah menunaikan tanggungjawab kita.
HR Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad, Ibn Abi Asim --- Sheikh al-Albani mensahihkan hadith ini ---
Jadi, kita sebagai Muslim, jika ingin menasihati seseorang individu, sama ada dia pemimpin atau tidak, seharusnya kita berhati-hati agar tidak mengaibkannya.
Tsabit daripada hadith Nabi saw : Barangsiapa tutup aib seorang Muslim, Allah taala tutup aibnya di hari kiamat kelak.
HR Imam Muslim --- SAHIH ---
Sebagai contoh, kamu ingin menasihati seorang Muslim, perlukah kamu nyatakan bahawa kamu sedang menegur dia??? Perlukah orang lain tahu bahawa die sedang ditegur oleh kamu?? Ya, mungkin kamu arif dalam hal tertentu, kamu boleh tegur dia, tapi tidak perlu secara terbuka. Zaman yang begitu canggih sekarang ini, kamu boleh gunakan private message, atau telefon, atau menghantar SMS kepadanya. Itu lebih terpuji.
Namun, hal berbeza jika kita ingin menasihati sesebuah masyarakat secara umum tanpa menyebut nama mana-mana individu, maka hal itu diperbolehkan di khalayak.
Kamu ada hak menegur, malah kamu DISURUH OLEH ISLAM, untuk menegur, tapi kamu kena menegur dan melakukan amar makruf nahi mungkar dengan cara yg disuruh oleh Islam, agar kamu beroleh pahala dalam setiap perbuatan kamu.
So, aq rasa setakat ini dulu la aq merapu... Hehehehehehe.... Aq sangat-sangat mengalu-alukan TEGURAN, PANDANGAN, KOMEN, terhadap blog aq nih, sbb kalo aq buat salah, hampa xmau tegoq, sat g aq xtau la yg aq buat silap... So, sila la tegoq... Hehehehehe.... Sbb aq manusia, mana boleh lari dari buat silap...
wallahu a'lam....

Monday, August 2, 2010

assalamualaikum....

ya Allah.... lamanya x update blog...... huhuhuhu.... terlampau busy dgn kuliah..... kelas dh muLa.... banyak benda nk catch up..... tp xpa.... bnda 2 biasa la bg student..... jadi kali ni aq nk citer pasal apa pun aq xtau..... adoiiyaii......

ok i got it.... alhamdulillah, tajuk kali ni ialah..... Sejauh Mana Kita Mengenali Allah....

KIta selalu disajikan peribahasa TAK KENAL MAKA TAK CINTA, kn??? jadi, sejauh mana kita mengenal Allah sang Khaliq kita nih, agar kita dapat meletakkan cinta kita yang pertama dan yang terutama padaNya?

Zaman skang ramai muda remaja bercinta.... Ada yang ikut syariat, ada yang x ikut syariat.... Mengapa mereka bercinta?? Sebab mereka sudah mengenali hati budi masing2..... Mereka sudah kenal citarasa pasangan masing2..... Jadi, lahir satu perasaan ingin sentiasa mendampingi sang kekasih/pasangan mereka itu.

Namun, sejauh mana kita mempunyai rasa ingin mendampingi al-Khaaliq? Sejauh mana kita mengenal "hati budi" al-Khaaliq kita?? Bagaimana kita ingin berkenalan dengan lebih rapat lagi dgn si Dia????

Sudah tentulah dengan membaca dan mengkaji al-Quran dan sunnah..... Segala-galanya sudah diterangkan dala Kitabullah dan sunnah Rasul saw..... Jika kita menghayati serta mentadabburi al-Quran dan sunnah Rasul, kita akan dapati Allah swt sangan mencintai hamba-hambaNya.....

Mana tidaknya?? Karunia nikmat yang terbentang luas dimuka bumi ini sahaja sudah cukup untuk kita percaya dan yakin tentang kecintaan Allah pada hambaNya.....

Firman Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 34 :


وَءَاتَٮٰكُم مِّن ڪُلِّ مَا سَأَلۡتُمُوهُ‌ۚ وَإِن تَعُدُّواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ لَا تُحۡصُوهَآ‌ۗ إِنَّ
ٱلۡإِنسَـٰنَ لَظَلُومٌ۬ ڪَفَّارٌ۬

Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. (34)

See?? Betul x?? Allah sayang banget kt kita.... Dia bagi kita mcam2 nikmat... Tapi berapa ramai antara kita yang ingkar dan kufur.... Jadi, kita kena la kenal betul2 siapa Allah sebenarnya supaya timbul dan lahir rasa cinta kita kepadanya.....

Jai, saya ingin mengajak diri saya khususnya dan para pembaca agar kita sama2 mengkaji kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya supaya kita nih benar2 dapat menghayati dan bercinta dengan Allah.... Berapa banyak buku2 sains yang kita kaji, selepas kita kaji tuh, ade x kita relate kn dengan al-Khaaliq? Renungkan.... Moga ada manfaatnya utk post kali ni.....

Sekian dahulu utk kali ni..... wassalam.....=)
Selamat beramal dan sebarkan...=)


Monday, June 28, 2010

Kemantapan Aqidah

assalamualaikum warahmatullah....

Urm.... di pagi nan indah, daku meletakan jari jemari yang sedang menari-nari di papan keyboard nih utk post lagi... wakakakaka, apa la aq dok merepek nih..... oke2, kali ni pasal aqidah.

Kenapa aq post pasal aqidah? Sebab aqidah lah merupakan tunjang dan asas dalam Islam. jika aqidah kita terpesong tentang Allah swt, maka secara automatik atau manualnya, hehehehe, ibadah kita sebagai orang Islam akan tertolak. Wa i'yazubiLLah.....

Secara umunya, aku pasti ramai yang dah tau, aqidah nih asal drpd perkataan aqad, aqidah nih penting, aqidah nih adalah asas dalam Rukun Islam yang pertama, dan penghuraiannya adalah dalam Rukun Iman. Aku pasti, musti ramai dah tau pasal benda ni. Hehehehe.....

Namun, apakah rukun kalimah syahadatain yang kita dok ucap dalam solat kita?? Tahukah kita? Jadi, sekadar berkongsi, rukun kalimah syahadatain ada DUA.

1) an-Nafi

an-Nafi ialah perkataan meNAFIkan. Rukun pertama ini boleh disimpulkan sebagai, apabila kita mengucap syahadatain, maka kita WAJIB menafikan SEMUA TUHAN yang ada dalam alam ini. Dengan penafian ini, maka telah sempurna rukun syahadah kita yang pertama. Hal ini penting kerana orang lain (non-Muslim) boleh mengaku bahawa Allah sebagai Tuhan, namun jika dia tidak menafikan Tuhan lain selain Allah, maka tidak cukup syarat syahadahnya, maka tidak diterima syahadahnya.

2) al-Isbat

al-Isbat ialah menetapkan bahawa selepas penafian Tuhan laian dalam alam ini, dia wajib menetapkan bahawa hanya Allah sahaja Tuhan sekelian alam yang berhak disembah dan diabdikan diri. Penetapan inilah yang akan menyempurnakan rukun syahadahnya. Selepas itulah datang Tauhid Tiga yakni ar-Rububiyah, al-Uluhiyyah, dan Asma' was Sifat. ^_^

Kemudian, apakah pula syarat kalimah tauhid itu?

Maka asy-Syeikh Nasir as-Sa'di dan asy-Syeikh Jamil Zainu, mereka menetapkan 7 syarat bagi kalimah syahadah ini.

1) Ilmu

2) Yakin

3) Ikhlas

4) Membenarkan

5) Cinta

6) Berpegang Teguh Dengan Kalimah Ini

7) Terima

8) Menjauhi Taghut - Tambahan Sheikh Jamil Zainu

Maka setelah sempurna 8 syarat ini, maka kita telah menjadi Islam. Setelah itu, maka seharusnya kita menjaga diri kita agar tidak melakukan sesuatu yang mana boleh membatalkan aqidah kita.

Ramai yang terlepas pandang masalah ini. Mereka mungkin tahu perkara membatalkan wudhu', membatalkan solat dan puasa, namun tak ramai yang ambil peduli tentang perkara yang boleh membatalkan aqidah. Hal sedemikian yang kita takutkan. Hal sedemikian yang perlu kita belajar, dan berhati-hati.

Secara asasnya, aqidah boleh terbatal melalui 3 jalan/cara yang saya pasti semua orang tahu, yakni IKTIQAD, PERCAPAKAN, dan PERBUATAN/AMALAN. Namun, tidak ramai yang tahu bagaimana yang dikatakan iktisad boleh membatalkan aqidah, bagaimana percakapan boleh membatalkan aqidah, bagaimana yang dikatakan perbuatan atau amalan yang boleh membatalkan aqidah.

Maka hal ini seharusnya kita belajar tentangnya. Saya rasa, setakat ini dahululah celoteh saya. Apa yang perlu diambil perhatian, maka ambillah perhatian. Semoga kita mendapat rahmat, berkah dan perlindungan Allah swt drpd terbatal aqidah.

-waasalam-

^_^


Professional Mukmin (Fiqh Kerjaya)

assalamualaikum warahmatullah....

Kaifa halukum wa imanukum??? Kali nih nk celoteh skit pasal tajuk blog nih.... Professional Mukmin. Erm.... Actually kita sebagai penuntut (xkira la universiti ke, kolej ke, matrix ke, poli ke, maahad ke) yang penting kita nih penuntut yang insyaAllah akan menjawat jawatan yang akan memerlukan kita berbakti pada masyarakat suatau hari nanti. Jadi, sepatutnya selain mempelajari ilmu dunia seperti kedoktoran, kejuruteraan, kesusasteraan, undang-undang, kita seharusnya belajar juga tentang fiqh kerjaya yang kita ceburi bidangnya itu.

Sebagai contoh, kita amek bidang kedoktoran. Suatu hari nanti kita akan menjadi perawat (muallij) dan sudah tentu kita akan berbakti kepada masyarakat. Namun begitu, kita seharusnya tahu situasi-situasi yang memerlukan akhlak kita sebaagai doktor Muslim terjaga. Fiqh kedoktoran seharusnya dipelajari agar kita tidak salah serta tidak mengundang kemurkaan Allah dalam usaha mencari redha-Nya. Tidak ketinggalan juga fiqh aulawiyyat (fiqh keutamaan) yang seharusnya diberi perhatian. Kita seharusnya tahu keadaan apabila dimana dua hukum syara' berkumpul, yang manakah seharusnya kita utamakan. Para doktor juga sepatutnya tahu bilakah keadaan yang dinamakan berkahlwat dengan pesakit apabila pesakit berlainan jantina ingin mendapatkan khidmat rawatan dengan kita.

Semua ini amat perlu dititikberatkan dalam kerjaya kita kelak. Bukan sahaja ustaz atau ustazah yang perlu belajar fiqh, namun kerjaya bidang sains dan teknologi juga harus belajar fiqh dan sepatutnya penjawat jawatan saians dan teknologi ini lebih pakar dalam bidang fiqh kerjaya mereka berbanding ustaz.

Firman Allah swt dalam surah al-Israa' ayat 36 :


وَلَا تَقۡفُ مَا لَيۡسَ لَكَ بِهِۦ عِلۡمٌ‌ۚ إِنَّ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡبَصَرَ وَٱلۡفُؤَادَ كُلُّ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ كَانَ عَنۡهُ مَسۡـُٔولاً۬

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya .

Jadi, seharusnya kita ambil berat tentang masalah ini kerana setiap amalan kita akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah swt kelak. Saya seru kepada diri saya dan para pembaca agar mempelajari ilmu fiqh agar kita dapat melakukan pekerjaan kita selari dengan kehendak syara' agar tidak dimurkai Allah dan mendapat rezeki yang halal lagi berkat. Ameen...

wallahu a'lam
^_^




Sunday, June 27, 2010

Menghidupkan Sunnah

assalamualaikum wbt.....

erm, lama gak la xpost blog, hampir seminggu.... masyaAllah..... kali nih nk cakap pasal sunnah Nabi saw. Dalam kehidupan seharian kita, saya nak ajak (diri saya terutamanya) untuk menghidupkan dan mengamalkan sunnah secara TOTAL dalam setiap tindak tanduk dalam kehidupan. Kalau tak boleh nak amalkan semua sunnah baginda, janganlah kiranya kita tinggalkan semua. Moga Allah swt memberi kekuatan kepada kita dalam mengamalkannya.

Pernahkah kita fikir dalm hidup kita nih, sejak kita baru bangun tidur sampai kita tidur semula pada malam hari, adakah amalan kita berteraskan sunnah yg sabit daripada Nabi saw? Seharusnya kita sebagai umat baginda memikirkannya......

Segala amalan kita dari segi solat, cara solat, makan, berjalan, pertuturan, fesyen, cara kita bersuci (mandi dan wudhu'), dan lain2 lagi lohh, adakah semua bersandarkan dalil yang SAHIH drpd Nabi saw? Sedangkan baginda adalah contoh terbaik dalam segala hal..... Dalil dibawah saya pasti semua sudah sedia maklum.

Allah berfirman dalam surah al-Ahzaab ayat 21 :

لَّقَدۡ كَانَ لَكُمۡ فِى رَسُولِ ٱللَّهِ أُسۡوَةٌ حَسَنَةٌ۬ لِّمَن كَانَ يَرۡجُواْ ٱللَّهَ وَٱلۡيَوۡمَ ٱلۡأَخِرَ وَذَكَرَ ٱللَّهَ كَثِيرً۬ا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (21)

Jadi seharusnya semua amalan kita samada ibadah atau tidak, seharusnya bersandarkan dalil dan nas yang sabit daripada Nabi saw. Secara tidak langsung, kita akan mendapat pahala kerana mengikut sunnah baginda Nabi saw. Agama Islam adalah agama yang bersederhana. Segala perlakuan kita seharusnya disertakan dengan taqwa mengikut kemampuan kita.

Terdapat dua peringkat taqwa dalam al-Quran. Pertamanya dalam surah ali-Imran ayat 102 :

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. (102)

Ayat yang kedua adalah dalam surah at-Taghaabun ayat 16 :

...فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ
Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah semampu kamu... (16)

Ada sesetengah golongan mengatakan bahawa ayat 16 tersebut menasakhkan(membatalkan) ayat 102 diatasnya itu. Namun itu adalah anggapan yg salah. Hal ini kerana apabila kita disuruh bertaqwa, kita seharusnya bersungguh-sungguh dalam ketaqwaan itu dan dalam kesungguhan itu kita disuruh berpada-pada sesuai dengan kemampuan kita. Moga pembaca faham dengan kenyataan itu. =)

Berbalik kepada as-sunnah. Para pembaca digalakkan apabila membuat sesuatu amalan, kita mengetahui dalil tentang amalan itu walaupun kita xhafaz ayat al-Quran atau matan hadith hadith itu. Sekurang-kurangnya kita tahu ada dalil menyuruhnya. Sebagai contoh, mambaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat. Ada hadith yg sabit drpd Nabi saw tentang masalah ini. Namun jikalau kita tahu bahawa Nabi pernah menyebutnya, adalah memadai.

Jadi, marilah kita belajar al-Quran dan as-sunnah serta menghidupkannya. Sesungguhnya sunnah Nabi saw adalah indah dan ajaib untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Maha Suci Allah yang mengutuskan RasulNya bagi menerangi alam ini dgn rahmat perunjukNya.....


Banyak yang kita perhatikan tentang amalan masyarakat zaman sekarang ini yang sedikit berlainan dengan as-sunnah. Apabila ditanya, mereka mula menjawab dengan ayat "Kami nak tambah bagi banyak sikit, kami buat benda baik, kami nak tambah bagi sempurna,..." dan berbagai lagi alasan.

Jika mereka berkata bagitu, adakah ajaran sunnah Nabi tidak sempurna sehingga mereka kena menyempurnakannya? Mana kita nak letak surah al-Maidah ayat 3 bahawa Allah telah berfirman yang Dia telah sempurnakan agama kita pada hari itu(zaman Nabi). Fikirkanlah......

Jadi, setakat itu dahululah tentang sunnah Nabi saw. Moga ada manfaatnya dalam hidup kita sebagai Muslim. Sebahagian teks saya ini saya naqalkan pendapat Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (guru saya).

Wallahu a'lam, jangan lupa amalkan dan sebarkan. Jika ada kekurangan, mohon supaya ditegur.

wassalam ^_^

Saturday, May 22, 2010

Perihal Imam Bukhari

assalamualaikum wbt......

huhu, xleh tdo la plax malam2 yg seram mcm nih... wakakaka, apa la yg seram tuh.... sedangakn malam2 mcm ni Allah turun ke langit dunia.... hihihihihi..... oke lah, kali ini insyaAllah aku akan berkongsi kisah yg berlaku pada seorang jaguh hadith terkemuka, al Imam Muhammad Ibn Ismail Ibn Ibrahim al-Mughirah al-Bukhari rah......

al-Imam al-Bukhari pada zamannya berguru dengan seorang ulama hadith yg hebat, seorang alim dalam ilmu al-Jarh wa Ta'dil (salah satu drpd cabang ilmu hadith, yg mana ilmu ini mengkritik para perawi dalam jalur periwayatan hadith dan jika guru al-Bukhari mengkritik seseorang rawi itu, maka kritikannya sangat2 di anggap penting oleh ulama' hadith), yg thiqah (dipercayai), yakni Muhammad Ibn Yahya az-Zuhli. al-Bukhari menjadi muridnya yg hebat, mengambil riwayat drpd gurunya, sehinggakan Muhammad Ibn Yahya kata kpd anak muridnya yg lain,

"Bangkitlah kamu dan belajarlah dengan orang soleh itu"......

Namun begitu, saban hari, anak murid Imam Bukhari semakin ramai. Dan sampailah berita yg kurang enak kpd Muhammad Ibn Yahya. Berita tersebut menyatakan bahawa kononnya Imam Bukhari mengatakan al-Quran itu makhluk, yakni pegangan Muktazilah. Setelah itu, maka marahlah az-Zuhli dan dalam kuliahnya menghentam Imam Bukhari sehinggakan Imam Muslim pada waktu itu, yg tidak tahan dengan sikap az-Zuhli, berhenti drpd meneruskan pengajian bersama az-Zuhli. Beliau (Imam Muslim) memberi kembali semua hasil hadith yg diambil drpd gurunya. Setelah itu, al-Bukahri yg menerima tekanan tersebut, bertindak keluar drpd kampung halamannya.

Akhirnya beliau(al-Bukhari) sampai di sesuatu tempat (aq xigt nama tempat 2), dan gabenor negeri itu juga yg merupakan adik kpd Muhammad Ibn Yahya, yakni Khalid Ibn Yahya. khalid Ibn Yahya mengusir dan melarang al-Bukhari drpd mengajar hadith di negerinya itu. Maka, al-Bukhari dengan bijak mengatakan bahawa :

"Tuliskan aku satu surat mengatakan bahawa aku tidak boleh mengajar hadith di sini; kerana apabila Allah swt tanya aku di akhirat kelak mengapa aku tidak mengajar hadith, maka boleh aku jawab bahawa aku diberi surat oleh Ulil Amri agar tidak mengajar hadith"

Jadi, kita lihat betapa hebatnya al-Imam al-Bukhari menerima fitnah drpd penduduk setempat. Namun begitu, kita melihat al-Bukhari adil dalam masalah ini. Beliau tetap meletakkan hadith yg diambil oleh Muhammad Ibn Yahya dalam kitab Sahih Bukhari dengan mengatakan, "HADDATHANA MUHAMMAD" yakni "diceritakan oleh Muhammad kpd aku" walaupun al-Bukhari tidak gamak menyebut nama penuh gurunya itu.

Namun begitu, tidak berlaku hal ini kpd Imam Muslim. Beliau tidak meletakkan hadith yg diambil drpd Muhammad Ibn Yahya dalam kitab Sahih Muslim kerana tidak tahan dengan sikap gurunya itu.

Jadi, setakat ini dululah post kali ni.... Dh pukul 4.29 minit pagi, huhu..... Aq kne berangkat dlu..... Moga cerita ni ada manfaat bagi kita.... Oh ya, apa sahaja ilmu yg korg dapat dalam blog ni, sampaikan la kpd saudara Muslim kita yg lain..... Moga2, kita mendapat ganjaran disisi Allah swt..... ameen ~~~ ^_^

-wallahu a'lam-




Friday, May 21, 2010

Hadith Palsu

assalamualaikum…….

Huhu, aq bru je smpai drpd kampung ku yg tersayang…. Hakhakhak, ngah kt kmpung 2, tiba2 aq tergerak hati nk post pasal hadith palsu….. Hehehehe, moga2 ini petunjuk drpd Allah, moga2 aq diberi bimbingan waktu tulis post nih dan terus mendapat bimbingan….

Hurm, hadith palsu…. Hadith yg direka oleh sesetengah orang supaya umat Islam beramal dgn ajaran Islam….. Kedengaran seperti suatu benda yg baik, tp hakikatnya amatlah bertentangan dgn ajaran Rasul saw…

Nabi saw telah memberi amaran dalam sebuah hadith SAHIH :

Dari Mughirah r.a katanya ia mendengar Rasulullah s.a.w
bersabda : ''Sesungguhnya berdusta berkenaan dengan ucapanku tidaklah sama
dengan dusta terhadap ucapan orang lain. Siapa yang sengaja berdusta
tentang hadithku, maka siap tempatnya dalam neraka”.

Hadith ini sahih dan direkodkan dalam kitab Sahih Bukhari. Ada ulama’ mencipta hadith palsu utk kepentingan umat, tanpa memikirkan kesannya…..

Sebagai contoh, hadith tentang kelebihan bulan-bulan dalam Islam. Walaupun ada hadith yg sahih tentang kelebihan bulan dalam Islam, namun hadith yg palsu nih selalunya lebih di”femes”kan oleh sesetengah para penceramah. Kita akui bahawa mereka bertujuan baik, serta mungkin ada dalam kalangan mereka yang even tak tahu tentang kepalsuan hadith tersebut. Moga Allah swt melimpahkan rahmat dan keampunan kpd mereka…..

Sebenarnya hadith palsu ini amatlah berbahaya kepada umat Islam. Sebab itu para ulama’ hadith mentahqiq (menilai/menganalisis) kitab hadith zaman dahulu sekali lagi utk memastikan kesahihan hadith yg ada dalam kitab itu. Sebagai contoh, Sheikh Muhaddith Syu’aib al-Arnaouth, beliau banyak mentahqiq kitab-kitab hadith ulama’ terdahulu.

Mereka ingin memastikan hadith yg diamalkn oleh umat Islam pada hari ini adalah benar-benar sahih drpd Nabi saw. Sebab itu aku secara peribadi tidak mudah menerima sesuatu hadith tanpa didatangkan darjat/status hadith itu. Kitab hadith ada banyak yg boleh dijadikan rujukan.

Sebagai contoh ;

1. Sahih Bukhari

2. Sahih Muslim

3. Sunan Abu Daud

4. Sunan Tarmizi

5. Sunan Nasai’e

6. Sunan Ibnu Majah

7. Musnad Ahmad

8. Mustadrak al-Hakim

9. Riyadhus Salihin – Imam Nawawi rah

10 Fathul Bari’ – Syarah kpd Sahih Bukhari – Imam Ibnu Hajar al-Asqalani

Dan banyak lagilah kitab hadith yg bermanfaat. Kitab yg mendapat tempat tertinggi dari segi kesahihan adalah kitab Sahih Bukhari, diikuti Sahih Muslim. Namun begitu, ramai orang menyangka bahawa semua hadith riwayat Imam Bukhari adalah sahih. Ini adalah salah sama sekali. Hadith yg sahih riwayat Imam Bukhari ialah hadith yg direkodkan oleh al-Bukhari dalam kitab Sahih Bukhari SAHAJA. Bukan semua hadith seperti yg difahami oleh sesetengah drpd kita. Imam Bukhari juga mempunyai beberapa kitab lain seperti Adabul Mufrad, dan banyak lagi…….

Jadi, dalam nk mengamalkan sesuatu hadith, seeloknya kita menilai dahulu hadith yg didatangkn kepada kita agar kita tidak beramal dengan hadith yg palsu. Kalo kita tidak tahu, seeloknya kita tanyalah kpd guru yg alim dalam ilmu hadith ini.

Jadi, moleklah kiranya kita berhati-hati dengan hadith yg kita dengar, kerana apa sahaja yg kita amalkan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Jika kita selama ini beramal dengan hadith palsu, apakah akan berlaku dengan amalan kita. Wallahu a’lam…..

p/s : jika ada sebarang komen, komplen, kritikan, perbezaan pendapat, amat lah dialu-alukan.... aq hanyalah insan yg terdedah kpd salah dan silap....^_^

Wednesday, May 19, 2010

Hakhakhak, korang tengok la.....

Menangkis Rasa Takut Terhadap Makhluk Allah yg Bernama Jin

Assalamualaikum…..

Kali ni aq cuba la nk kongsi, macam mana kita nk buang perasaan takut kita yg melampau terhadap golongan jin, atau orang Melayu panggil hantu…. insyaAllah…

Aq juga akan berkongsi beberapa cara utk mengelakkan diri drpd terkena histeria utk kaum Hawa khususnya. Aq nih xpndai sgt, tp papa yg aq ada, insyaAllah aq kongsi, dan moga bermanfaat bg para pembaca....

Jin nih, cube korg anggap mcm manusia gak…. Sbb apa aq kata cm 2, sebab diowg gak makan, kahwin, beragama, bermadzhab, mempunyai kediaman. Cuma yg beza depa dgn kita ialah depa Nampak kita, tp kita xnmpak depa dalam rupa bentuk yg asal. Jadi, barangsiapa yg ngaku nampak jin dalam rupa bntuk yg asal, konpom2 la dia pembohong.

Firman Allah swt dalam surah al-A’raaf ayat 27 :

إِنَّهُ ۥ يَرَٮٰكُمۡ هُوَ وَقَبِيلُهُ ۥ مِنۡ حَيۡثُ لَا تَرَوۡنَہُمۡ‌ۗ

Maksudnya : Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.

Tapi, diwog nih (jin) leh menjelma dalam bntuk yg lain, cth nya seperti hantu pocong, pontianak, toyol dan sbg nya. Namun begitu, dalam keadaan mereka berjisim, keadaan mereka amatlah lemah. Hal ini kerana mereka asalnya berjirim dan tidak berjisim, bertukar kepada keadaan kimia dimana mereka berjisim dan tidak berjirim. Ini juga membuatkan mereka kehilangan tenaga. Hehehehe, so, don’t worry la….Kalo nmpak antu ta payah lari….. Sbb sifat diowg boleh memeri (memanjangkan dan memendekkan diri), kalo kita lari un, diowg leh kejo jgk…. Wakakaka…. So, xpyh lari. Baca je pape yg patot…. Nti ilang la…..


Aq bukn nk belagak, ckp besar, dan sbgainya, tp guru ku berpesan, hantu nih, jgn terlalu takot, jgn terlalu berani. So, at least pas baca post nih, korg kureng la skit rasa takot pd jin / hantu….

Beberapa Tips Agar Dilindungi Allah drpd Gangguan Jin


1. Pas solat fardhu, jgn lupa baca ayat Kursi.

2. Amalkan zikir pd waktu pagi dan petang

3. Solat jemaah

4. Rajin g majlis ilmu

5. Rajinkan qiamullail

Dan pape je perkara yg dapat mendekatkan diri dengan Allah swt…… InsyaAllah, kita dapat hindari drpd gangguan jin….

---wallahu a’lam---

p/s : sbrang komen, silakan lah…. ^_^

Islam agama Mudah

عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ الدِّيْنَ يُسْرٌ، وَلَنْ يُشَادَّ الدِّيْنَ اَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ، فَسَدِّدُوْا وَقَارِبُوْا، وَأَبْشِرُوْا، وَاسْتَعِيْنُوْا، بِالْغُدْوَةِ وَالرَّوْحَةِ وَشَيْءٍ مِنَ الدُّلَجَةِ

Daripada Abi Hurairah (ra) katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: Sesungguhnya Agama (Islam) itu adalah mudah, dan tidaklah sekali-kali seseorang itu memperberat-beratkan agama melainkan dia (agama itu) akan mengalahkannya. Oleh sebab itu tepatilah oleh kamu, dan hampirlah, dan gembiralah kamu (dengan berita itu). Dan memohon pertolonganlah kamu dengan waktu pagi, dan petang, dan sedikit daripada waktu malam --- hadith ini SAHIH --- Muttafaqun a'laih

Islam agama mudah.....

Kenapa dikatakan Islam ini agama yg mudah??? hurm.... mcm pelik je an?? sebenonye xpelik.... Islam didirikan atas 5 perkara dan iman didirikan atas 6 perkara. Kesebelas rukun ini kalo kita hayati dan fahami, kita akan mendapat ketenagan hidup seperti yg dijanjikan oleh Allah swt.

Sebagai contoh, seseorang Islam diwajibkan solat 5 waktu sehari semalam dengan mengikut rukun dan tertibnya.
Namun gitu, kalo la kita nih xde kaki (patah), camne la kita nk penuhi rukun solat yg ketiga yakni berdiri betul. Kan? Jadi, Allah swt tidak zalim dlm hal mcm ni, Dia yg izinkan kaki kita patah, xkan Dia nk paksa kita supaya berdiri lagi kot dlm keadaan kaki patah. Jadi, kita dibolehkan solat dlm keadaan duduk, baring, isyarat dan sebagainya. Yang penting, solat tidak tinggal.

Ini contoh yg common, skang aq bg contoh yg pelik skit. Erm... ok, mcm ni. Seorang mat rempit, eksiden moto, then patah tangannya, berbalut dengan simen, so, cm ne dia nk solat dlm keadaan tangannya berbalut?? I mean, wudhuk' or tayammum? Jika ditanya kepada sesetengah ustaz, mereka akan mengatakan, first step, amek wudhuk dulu, then baru tayammum. Tidakkah ini dikatakan menyusahkan dalam agama? Jika kita orang yg sihat, hanya kena wudhuk shja utk solat, org yg sakit patah tangan pulak, kena wudhuk n tayammum. Kan dikira menyusahkan dalam agama. Memg diakui memg ada hadith riwayat Abu Dawud tentang masalah wudhuk dlu, baru tayammum nih, TETAPI hadith tu dianggap DHAIF oleh ulama' hadith. Sedangkan apa yg kita belajar, agama Islam ni mudah.

Allah swt berfirman dlam surah al-Baqarah ayat 185 :

يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Allah swt mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendakan kesusahan bagi kamu

Dalam surah yg lain, Allah berfirman :
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
Maka bertaqwalah kepada Allah mengikut kemampuanmu
At-Taghaabun ayat 16

Jadi, aq rasa n aq harap sampailah mesej aq kt pembaca. Jika ada sebarang komen, atau kritikan, silakan. Aq un manusia, terdedah kepada kesilapan. Aq bukan maksum.

SETIAP MANUSIA DITERIMA DAN DITOLAK PERCAKAPANNYA, MELAINKAN NABI YG MAKSUM SAW - Imam Malik rah.

-wallahu a'lam-




solat jama'

assalamualaikum.......

pergh, seken post...... pe mende aq nk tulis ea???? erm.....

selalu bermain difikiran kita sehari-harian, tentang persoalan hukum agama khususnya hukum

fiqh yang tidak pernah habis sampai kiamat..... hukum fiqh akan bertambah selagi mana ada

orang Islam di muka bumi Allah swt ini...... jd, aq cuba kongsi la beberapa perkara

tentang hukum fiqh khususnya tentang solat jama'..... mungkin sesetengah insan sudah

mengetahui hakikat ini, tetapi sesetengah lagi mungkin tidak tahu.... jd, moga bermanfaat.....

solat jama' yg kita pelajari di sekolah menengah dlu hny di fokuskan kpd org yg musafir........

semua orang tahu jama' dari segi bahasa bermaksud menghimpunkan manakala dari segi istilah

bermaksud menghimpunkan dua waktu solat fardhu dalam satu waktu........ jama' terbahagi kpd

dua yakni jama' taqdim dan jama' ta'khir....... persoalan yg timbul, boleh x jama' time x musafir??

jawapannya BOLEH.....

berlaku beberapa keadaan yg mengharuskn solat jama'.......

sbg contoh, doktor yg mendapat kes kecemasan pada pukul 7.00 malam dan pembedahan

mengambil masa mungkin 6 jam..... waktu maghrib pula masuk pada pukul 7.25 minit malam....

adakah perlu doktor itu meninggalkan pesakitnya lalu dia pergi menunaikan solat dahulu???

ini sudah tentu akan memberikan risiko yg tinggi kpd pesakit utk mati....

jadi, syara' mengharuskan kepada para doktor yg mempunyai masalah begini utk jama' ta'khir.....

agama itu mudah....... jgn kita jadikan agama Islam ini susah......

Nabi saw telah bersabda dalam sebuah hadith sahih yg diriwayatkan oleh Imam Muslim :

Daripada Ibnu Abbas r.a, beliau mengatakan bahawa :

"Adalah Nabi saw menjama' solat Zohor dgn Asar, dan Maghrib dengan Isya' di Madinah tanpa

ada rasa takut ( musuh), juga tanpa ada hujan lebat. Baginda juga menjama' sebegitu rupa,

bukan kerana rasa takut, bukan juga kerana musafir."

Lalu Ibnu Abbas r.a ditanya mengapa baginda saw melakukan sedemikian, beliau menjawab,

"Baginda saw melakukan demikian agar tidak memberatkan ummatnya"......

(HR Imam Muslim)

al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani (ulama' dalam madzhab Syafie') dalam kitabnya yang masyhur

iaitu kitab Fathul Bari' syarah kepada Sahih Bukhari mengatakan bahawa Nabi melakukan

demikian utk mengisyaratkan solat jama' bukan hanya utk musafir, bukan kerana hujan atau

bukan kerana takut kpd musuh.


Imam Nawawi rah. yg merupaka ulama' muta'akhirin dalam Madzhab Syafie mengatakan

bahawa berdasarkan hadith di atas, sebahagian ulama' memperbolehkan jama' kerana uzur

sakit dan uzur selainnya......

jadi, lihatlah, betapa mudahnya Islam memberi rukhsah kpd kita....... -wallahu a'lam-

p/s : sebarang komen amatlah dialu-alukan

Tuesday, May 18, 2010

nEw uSer!!!!


assalamualaikum........
perghh!!! aq buat blog??? aq dh maju??? hikhikhik.....
erm... nothing spesel for the first post....
just nk memperkenalkan diri ini....

nama : ammar irfan bin abdul rahim
besday : 25 mei
dok dekat : kulim kedah
lahir kat : spital penang

ok la, xtau nk mrapu apa dah....
so, stakat ini dahulu....
assalamualaikum.......